Akibat Mendedahkan Aurat Di Facebook

Kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook. Dalam facebooknya mempunyai banyak koleksi gambar yang tidak menutup aurat.

Selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya buang gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat di facebook. Malangnya tiada siapa yang tahu password Facebook miliknya.

Kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum.

Dan ingatlah, azab untuk kita yang sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!

Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di Facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Kita tak tahu bila kita akan mati. Jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, buang gambar yang tidak sepatutnya.

Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi. Ameen… Al-Fatihah.

Sebarkan kepada semua, semoga kita menjadi orang yang menyampaikan.

Sumber
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

1 comments:

  1. InsyaAllah, sy akan pastikan aurat anak2 pompuan sy x dilihat oleh lelaki yg bkn muhrim..

    ReplyDelete