Sinopsis Filem Kongsi

Kepada peminat filem Malaysia dan juga peminat Shaheizy Sam Samad,pastikan jangan terlepas untuk menonton filem KONGSI ( Lu Langsi Lu Mati!) yang akan menggegarkan pawangan pada bulan April 2011.

Sinopsis Filem KONGSI :

Filem aksi komedi dengan tagline 'Lu Langsi Lu Mati' mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.

Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.

Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff.

ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.Apakah kesudahan filem kongsi ini?sama-sama kita nantikan pada bulan April 2011

Pelakon :

Shaheizy Sam - Tumulak
Norliana Samsudin - Detektif Maya
Fizo Omar - ASP Shariff
Azad Jazmin - Mikail
Putri Mardiana - Yati
Fida - Maria
Zul Handy Black - Kimpedu
Shafie Jaafar - Tok Malik
Pooniah - Victor
Chew Kin Wah - Jimmy



P/s : Serius aku nak tengok filem ni kat wayang.Tengok trailer dia pun best derr..sapa nak teman aku ek?hehe
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

1 comments: