Kenapa Orang Jepun Tak Ramai Ada Akaun Facebook?

Bermula dari tahun 2009 sehingga sekarang (2010),rasanya setiap pelusuk manusia didunia ni mesti ada akaun Facebook.Tetapi,kalau korang semua nak tahu orang jepun sebenarnya tak ramai yang ada akaun Facebook.

Tahun 2008 Mark Zuckerberg mencipta satu aplikasi bahasa Jepun untuk menarik lebih banyak peminat Facebook dari negeri sakura itu. Ternyata harapan itu tidak tercapai.Sebenarnya sebahagian besar warga Jepun tidak terbiasa dengan aplikasi bahasa inggeris. Tetapi ketika YouTube membuat aplikasi berbahasa Jepun, berduyun-duyun orang jepun mengupload video ke sana.

Untuk menjadi anggota Facebook, kita diharuskan mengisi data-data pribadi yang nantinya dicantumkan kepada orang yang menjadi kawan kita. Sementara YouTube cuma mensyaratkan nama (itupun tidak perlu nama betul) dan alamat email . Di sinilah masalahnya. Sebahagian besar orang Jepun tidak mau memperlihatkan data dan kehidupan pribadinya kepada banyak orang.

Sebagai contoh, dengan mengisi tahun dan kelahiran kita, dipercayai dapat digunakan untuk mengetahui karakter kita yang sangat berbahaya apabila digunakan untuk kepentingan tidak baik.


Selain itu, orang Jepun juga tidak terlalu suka menonjolkan jati dirinya dihadapan orang banyak. Mereka sudah biasa hidup berkelompok dan bekerja juga dalam kelompok. Kita mungkin kenal dengan produk walkman, tapi kita tidak tahu dari idea siapa produk itu dicipta, kecuali dari Sony Corpporation.

Dalam melayari internet sekalipun, orang jepun lebih suka memakai identiti lain atau bukan nama sebenarnya. Tahun 2005 ada satu kisah benar tentang warga Jepun yang berchatting dalam suatu forum Internet.

Pemuda Jepun tersebut adalah orang yang suka dengan komik (manga), game, animasi dan bergaya agak pelik. Di Jepun orang seperti ini disebut “otaku”. Dalam suatu perjalanan di kereta api, dia berjaya menolong seorang wanita cantik berpendidikan tinggi dari gangguan orang mabuk. Keinginannya untuk mendekati dan mencintai wanita tersebut dicurahkan dalam sebuah forum Internet.

Dalam setiap langkah untuk mendekati wanita itu, dia menceritakannya di forum tersebut. Banyak sekali tanggapan,komen dan sokongan kepada pemuda tersebut. Kisah ini akhirnya menjadi terkenal dan dijadikan sebuah filem, drama dan komik dengan judul “Densha Otoko” (Train Man).

Orang Jepun juga tidak suka identiti,gambar dan kehidupan pribadinya tersebar terutama wanita. Mereka tidak mau diganggu oleh orang-orang asing yang mengetahui identiti mereka melalui Facebook.

Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

19 comments:

  1. hmm.. this is interesting.. i thought japanese are into tech! =)

    kenwooi.com

    ReplyDelete
  2. kenwooi : yup..japenese "lain dari yang lain" :)

    ReplyDelete
  3. yup.
    info yang menarik.
    br tau nape.
    negera maju jepun nie.
    tp x minat dgn it.

    ;-)

    claraemilycancer.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. diorg dh ada laman sosial sendiri iaitu mixi...mgkin facebook ni diorg pndg sebelah mate jer...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Wow..something that i will not thinking of! wonder la susah nak cari member orang japanese. kalau kat myspace berlambak kot. Tapi pasal idea produk walkman tu, dulu ada member buat research and buat presentation about those things but i cant really remembered from where he get the info~

    ReplyDelete
  6. yeah... nampkanya diorang memang lebih selesa dengan kelompok teknologi diorang sendiri....

    ReplyDelete
  7. org jepun takde masa nak berfacebook. haha

    ReplyDelete
  8. org jepun main frenster kot..hehe

    ReplyDelete
  9. kat dalam facebook ada kawan jepun. tu pn sebab dia dok malaysia n kawen dengan org malaysia:P

    ReplyDelete
  10. densha otoko ni bukan drama ka?banyak gak kejadian lepas drama tu tersiar XD

    ReplyDelete
  11. erm betol gak kan dorang x faham sgt english .. huhu

    ReplyDelete
  12. rasa2nya FB mereka tak pandang....
    teknologi mereka lebih maju malah labih baik (menghiburkan) berbanding FB..
    selain itu...mereka lebih pentingkan produk keluaran mereka sendiri...sebab itu mereka cepat maju...kesimpulannya BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA......hehe2..

    ReplyDelete
  13. japanese diorg maen MIXI kira cam facebook gak.ade game dan macam2..hehe

    ReplyDelete
  14. yeah.. i sendiri ingat japanese person adalah up to date dengan trend dunia.. hohoho.. tp tech diorang memang superb la..

    ReplyDelete
  15. clara : depa bukan xminat IT,tp depa suka buatan depa sendiri

    awanmerah : tuh la pasai..

    mrdzy : aku jarnag jumpa org jepun dlm laman web social yg popular..dalam web blue byk..ahaha

    kisah sensasi : btoi3x

    nursarah : bkn xda masa..diorang jenis xsuka org asing pnya buatan

    aizuddin : hahaha..

    fina : haha..mcm tu plak dah..

    ichibana : ya kot..aku pn xsure..hehe

    sayang : jarang aku tgk jepun ckp enggries..hehe

    mirwan : tuh la pasai..macam MALAYSIA lebih pentingkan buatan orang

    syafiq : woo yaka..apsai aku xtau?aha

    fadzli : haa..itu la pasal..diorang mmg super2222 bbb :P

    ReplyDelete
  16. info yang sangat bergune ^^
    pasni kita try offer roti canai lak.
    tengok diorang makan ke x..?
    hehe..

    ReplyDelete
  17. wow.. nice info. tp psl yg 'Densha Otoko' tu mmg btul. nice je cite tu. btw i mmg fans cite2 'Otaku' ni :P

    ReplyDelete
  18. hassan : offer roti canai?ahaha..bleh cuba..mana tau depa minat dgn buatan malaysia ka..hehe

    sepang : oh u fans dia ka?sah minat cita jepun ni..

    ReplyDelete