Kenali Jenis Gangguan Tidur Yang Pelik


1.Sexsomnia or Sleep Sex
Sexsomnia adalah gangguan tidur yang menyebabkan seseorang melakukan tindakan seksual ketika mereka tidur.ini sangat berbeza dengan orang yang suka berjalan ketika tidur (sleepwalking).Dalam beberapa kes,Pesakit tidak menyedari perilaku mereka dan akan sedar dalam waktu yang lama setelah ada bantuan.

Mengikut kajian seorang doktor dari Indonesia,Dr Handrawan nadesul, seks dalam tidur atau sexsomnia boleh dianggap sebagai kebiasaan yang tidak normal. sebab, pelaku seks semacam ini lebih berfantasi dengan sesuatu yang tidak nyata.

Biasanya,lelaki ataupun wanita single lebih banyak memuaskan hasrat seksualnya dengan masturbasi, menonton filem lucah, baca novel romantik, atau melihat gambar-gambar yang boleh menaikkan nafsu.


2.Narcolepsy

Narkolepsi (narcolepsy) adalah gangguan tidur yang cukup umum dihadapi.Namun seperti gangguan tidur lainnya ia juga amat jarang dikenali oleh masyarakat. Narkolepsi dalam bahasa awam dikatakan sebagai serangan tidur dimana pesakitnya amat sukar mempertahankan keadaan sedar.

Hampir sepanjang waktu ia mengantuk. Rasa mengantuk dapat dipuaskan setelah tidur selama 15 minit, tetapi dalam waktu singkat mengantuk akan menyerang kembali.Sebaliknya pada waktu malam, banyak pesakit narkolepsi yang mengeluh tidak dapat tidur dengan nyenyak.

3.Somniloquy (Sleep Talking)


Mengigau, sleeptalking atau somniloquy merupakan 1 lagi masalah ketika tidur.Perkara ini terjadi disebabkan keadaan emosional psikologi,demam atau tidur yang terganggu.

Contoh mimpi ini berlaku lebih kurang macam ni.Korang tengah syok tidur,tiba-tiba korang mimpi menjerit “pencuri!!!!” tetapi kata yang keluar adalah “mama!!!“.Sebenarnya, Si pengigau tidak ingat apa yang dikatakan atau bahkan mimpinya sendiri.

Ada satu gangguan tidur yang bernama REM Sleep Behavior Disorder (RBD)dimana pesakitnya seringkali bermimpi harus mempertahankan diri dari serangan sehingga dalam tidur bergerak memukul, menendang dan juga mengigau. Gangguan ini banyak dihadapi oleh lelaki lanjut usia, dan biasanya diikuti dengan penyakit-penyakit saraf degeneratif seperti parkinson.

4.Kleine-Levin syndrome

Sindrom Kleine-Levin adalah penyakit saraf yang dimana pesakit tidak boleh mengawal rasa mengantuknya.Pesakit boleh tertidur selama berjam-jam, berhari-hari, berminggu-minggu, bahkan berbulan-bulan bergantung pada berapa lama penyakit itu muncul.

Kajian di Amerika Syarikat mempercayai penyebab penyakit KLS adalah mutasi gen atau DNA yang dibawa oleh orang tua.Tetapi penyebab utama KLS masih belum diketahui.

5.Sleep Apnea

Dikenali juga sebagai OSAS(obstructive sleep apneu syndrom) adalah suatu kumpulan gejala berupa apneu (tidak bernafas) atau hipopnea (kurang bernafas)ketika tidur.OSAS sering terjadi pada orang dewasa dibanding anak-anak.Faktor keturunan merupakan punca menyebabkan OSAS.

6.Non-24-hour sleep-wake syndrome

Gangguan ini meupakan tubuh seseorang tidak mengetahui kitaran tidur selama 24 jam. dikenali dengan istilah ritme Circadian, yang menentukan berapa lama kita tidur.Pesakit non-24-hour sleep-wake syndrome tidak memiliki mekanisme tersebut sehingga tubuh mereka susah mengawal kitaran tidur mereka.

biasanya pesakit boleh sedar kembali setelah tidur selama 2 hari sampai 3 hari,dan kemudian normal kembali.Kekacauan ini selalunya terjadi pada orang buta.

7.Restless Legs Syndrome

Restless Legs Syndrome biasanya berlaku dikalangan mereka yang dianggap normal.Mereka yang mempunyai Restlee legs syndrome tidak mampu duduk diam untuk waktu yang lama kerana mereka merasa perlu untuk menggerakkan kaki mereka.

Gangguan dirasai berlaku pada anggota kaki dan juga anggota tangan. Mereka yang mengidap gangguan Restless Legs Syndrome seringkali turut mengidap Masalah Pergerakan Anggota Berkala.Restless Legs Syndrome akan mengganggu pengidapnya menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk tidur.

Restless Legs Syndrome berkait dengan mereka yang mengandung.

8.Bruxism

bruxism adalah gigi gemeratuk sewaktu tidur (Sering terjadi dekat aku time tudur).sindrom sendi rahang (temporomandibular jaw syndrome) sering jadi masalah besar kerana memang tidak mudah dikawal dengan cara apa pun.

9.Night Terrors

Night terrors berbeza sikit dalam beberapa hal.Pertama,pesakit tidak sepenuhnya sedar.Ganguan ini sangat berbahaya kerana dapat menyebabkan trauma dan menyebabkan seseorang terluka.

P/s : Adakah korang merasa salah satu penyakit dari gangguan tidur diatas???jika iya,segeralah berjumpa dengan doktor sebelum menimbulkan kesan yang nantinya dapat merugikan kesehatan sendiri!!!
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

3 comments:

  1. aku nak tido mcm no1 tu.. haha

    ReplyDelete
  2. yunk : ohh patutlah ayaq xkuaq..hahaha!!

    ReplyDelete
  3. mak saya dari muda kuat ngigau..
    skrg menderita parkinson.

    ReplyDelete