Pertama sekali,aku nak ucapkan takziah kepada arwah dan keluarga seorang blogger iaitu saudari KAMARIAH BT MD YUSOF atau lebih dikenali sebagai HAMIZA.Actually,aku tak pernah pun masuk blog arwah,tetapi lepas terbaca yang arwah dah meninggal disalah satu forum,aku merasakan sesuatu kehilangan juga sebagai sahabat seorang blogger.
Beliau yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 5.30a.m 7hb Februari 2010 di h0spital Sg.Bul0h.
Pada 4.2.2010 (khamis) yg lalu, waktu petang, beliau mengadu sakit perut yg amat sgt. Pada mulanya kami menyangka beliau hanyalah sakit perut biasa sahaja. Kami mendapatkan rawatan drpd pembantu perubatan & seterusnya refer ke hospital sungai buluh kerana sakit yg tidak reda sehingga awal pagi jam 2. Setelah membuat pemeriksaan x-ray, doktor masih ragu sama ada beliau berkemungkinan menghidap sakit Gastrik atau Apandiks.
Lebih kurang jam 5 pagi, beliau telah dihantar ke wad utk pemeriksaan lanjut. Tengahari 5.2.2010, hari jumaat, kami dimaklumkan beliau telah melalui rawatan ctscan dan doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan kecil di bawah bahagian bawah hati dan di bahagian pembuluh darah utama yang menyalurkan darah ke buah pinggang pula telah koyak dan darah beku telah menghalang pengaliran darah ke buah pinggang yg secara langsung sebelah buah pinggangnya telah rosak. Itulah yg menyebabkan beliau sakit yg teramat sangat.
Kami diberitahu beliau akan dipindahkan ke hospital Serdang pada malam itu utk membuat pembedahan kerana pakar saluran darah hanya terdapat di Serdang, HKL dan IJN. Walaubagaimanapun, pemindahan tidak dpt dilakukan kerana tekanan darah yg terlalu tinggi. Jadi, doktor terpaksa menunggu tekanan darah menurun hingga ke tahap seminimum yg boleh supaya tidak menghadapi risiko yg terlalu tinggi. Doktor telah menangguhkan pemindahan pd mlm itu ke pagi sabtu 6.2.2010..
Pada pagi sabtu 6.2.2010 pula, tekanan darah masih tidak turun ke tahap yg dikehendaki namun keadaan beliau tidak menampakkan sebarang tanda2 kritikal. Hanya di waktu tengahari pada waktu melawat, lebih kurang jam 1.30pm tiba2 semua yg melawat terkejut apabila beliau tiba2 kekejangan dan semua doktor yg berada disitu bergegas memberikan rawatan. Segala usaha telah dilakukan termasuk memasang mesin2 bantuan dan doktor telah melakukan ctscan sekali lagi di bahagian otak pula.
Setelah itu, kami dimaklumkan oleh doktor bahawa terdapat pula saluran darah dibahagian tengah otak telah pecah. Dan menurut doktor berkemungkinan peluang beliau utk terus hidup, amat tipis. Sehinggalah kami diberitahu lebih kurang jam 5.30a.m, beliau telah pun pergi menghadap Ilahi.
Kepada semua,mari sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.Tinggalkan ucapkan korang sebagai tanda penghormatan terakhir dekat blog beliau di SINI
P/s : Tolong 4warkan kepada semua sahabat blogger jika korang sayangkan saudara seagama sendiri!
blog yg arwah tinggalkan tu.. sgt2 bermanfaat... semoga manfaat dari blog tu dapat beri rahamt pd arwah kt akhirat...
ReplyDeleteAmin...
ReplyDelete