Cerita Lawak 2 Ekor Hantu
"Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka
pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai
hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis
menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk! !" Jawab
Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian. .. aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation?
Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas
Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah! In fact mase aku mati tu, aku in recovery.
Panjang ceritanya... " jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil- sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day,
aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually
aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku
syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab
nak carik mase sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran,
mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah
aku. Aku tanye isteri aku tapi die tak mau jawab. So aku pun lari-lari
sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi
takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku
pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati
lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa
ketika, Hantu B berkata,
"Apasal kau tak cari kat dalam peti sejuk?
Hahaha! Siot je hantu B tu. Rupanya dia la jantan tuh. Wakaka!
ReplyDeleteapesal hantu A masuk peti ais?
ReplyDelete