Bekas Mufti Perlis Ditangkap



KUALA LUMPUR 1 Nov. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay dekat sini, malam ini.

Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu disebabkan beliau menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Bagaimanapun beliau dibebaskan selepas keterangannya diambil hampir sejam di balai polis Ulu Klang.

Sebelum ditahan, sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS berada di luar rumah banglo itu sejak pukul 8 malam.

Dianggarkan, terdapat kira-kira 100 orang hadir mengikuti kuliah tersebut.

Anggota polis dan JAIS mula memasuki pekarangan kediaman itu selepas orang ramai meninggalkan banglo tersebut kira-kira pukul 9.30 malam.


Pegawai JAIS kemudiannya dilihat berbincang dengan Mohd. Asri kira-kira sejam, sebelum beliau dibawa tanpa digari ke Balai Polis Ulu Klang.

Mohd. Asri sempat memberitahu para pemberita yang turut berada di kediaman itu supaya mengikutnya ke balai polis tersebut kerana beliau mahu memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Turut berada di banglo itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib.

Semalam, Mohd. Asri mendakwa Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm) memfitnahnya dalam memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin baru-baru ini.

Mohd. Asri yang juga kolumnis Minda Dr. Maza dalam akhbar Mingguan Malaysia berkata, antara tuduhan fitnah dalam memorandum bertarikh 12 Oktober lalu yang dimuatkan di laman web Pgsm mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah dan keluar daripada mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali serta menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Pgsm hari ini mengaku menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah sebarang cadangan melantik Mohd. Asri sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Presidennya, Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, tindakan itu diambil bagi menjaga kepentingan seluruh umat Islam di negara ini.

Itu antara petikan didalam akhbar hari ini berkenaan kes bekas Mufti Perlis,Ustaz Dr mohd Asri berhubung kesnya memberikan kuliah tanpa tauliah.

Agak2 korang,patutkah Ustaz Asri tuh ditahan disebabkan bagi Kuliah?sama2 fikirkan

Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment