Tip kuruskan badan



Bagi yang badan dia gemuk,buncit,tembam,tak slim, dan macam2 lagi jenis gemuk tu boleh la kot guna pakai tips yang aku nak bagi ni untuk jadi slim ala2 aku nih.aku slim ka?ahahaha..bagi mereka yang badan 'sihat' ni terutamanya perempuan la,mungkin ini satu kekurangan dan boleh hilang keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan orang lain atau lebih 'jelik' lagi mungkin akan dikutuk oleh kawan2 kita disebabkan badan gemuk.huhuhu..tak mengapa,ayuh cuba amalkan tips ni mungkin berguna dekat korang bukan?



1)Selalu Bersenam Atau Berjogging

jika kita selalu bersenam atau berjogging diwaktu pagi atau petang,peratus untuk kurangkan berat badan tu mungkin akan berkurang dari hari kehari.Selain boleh mengurangkan berat badan,bersenam dan berjogging juga akan menyebabkan kita lebih sihat dan cergas dalam melakukan aktiviti harian.

2)Jaga Pemakanan Harian
Penjagaan makanan yang sihat adalah mustahak untuk memiliki bahagian perut yang cantik dan slim. Elakkan makan makanan yang berminyak,dan garam. Minum banyak air dan pastikan korang mengamalkan diet yang seimbang.

3)Selalu Amalkan 'sit-ups '
Amalkan sit-ups didalam kehidupan harian kita terutamanya pada waktu pagi atau petang.Tidak perlu buat sampai 100 kali.Cukup sekadar yang termampu sahaja.Kalau hari2 kita amalkan dalam masa sebulan agak2 boleh hilang berapa KG?korang renungkan sendiri..

P/s:adush..kering idea sudah.Act,banyak lagi tip2 yang aku nak bagi ni.tapi ntah macam mana tiba2 otak aku jd stuck plak!haish..kacau betul..tak apa,insyaallah di lain hari aku akan kongsikan lagi tip2 yang berguna ni..Insyaallah! :)





Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment