Perlawanan Ulangan Malaysia Vs United & Penyokong


Selepas aksi membanggakan dipamerkan pasukan Malaysia,United telah bersetuju untuk bermain buat kali kedua menentang pasukan malaysia pada malam isnin ini jam 8.45 malam.Perlawanan ini berlangsung kerana United terpaksa membatalkan siri lawatan perlawanan mereka ke Indonesia berikutan keganasan letup bom yang berlaku baru2 ini.

Pada perlawanan yang berlangsung semalam,Anak buah K.Rajagopal telah menunjukkan mutu permainan yang bertenaga nyaris2 menewaskan United tetapi terpaksa akur apabila tewas 2-3 kepada United.Pada perlawanan yang berlangsung petang semalam,Amri Yahyah antara pemain yang menunjukkan aksi yang menajubkan apabila menyumbat 2 gol untuk Malaysia.Manakala gol United dijaringkan oleh Rooney,Nani dan Owen.


Apa yang mendukacitakan dan membuatkan aku kecewa dengan penyokong2 pasukan "Malaysia" ni kan,mereka lebih mengagungkan pasukan yang digelar "Red Devil" dari pasukan yang digelar "Harimau Malaysia".Tengok la perlawanan yang berlangsung semalam,rata2nya penyokong "taksub" memakai jersi United dari jersi pasukan tanah air kita sendiri iaitu MALAYSIA!dimana semangat Melayu kita?Betul kata orang,rakyat malaysia sekarang sudah "dijajah"!

Ayuh!semua penyokong2 pasukan Malaysia,pada perlawanan ulangan yang akan berlangsung pada malam esok kita ramai2 pakai jersi Malaysia sebagai tanda sokongan kita terhadap pasukan yang pernah mengharumkan nama Malaysia waktu ketika dahulu.Jom sama2 kita naikkan kembali semangat pasukan Negara untuk memartabatkan bolasepak negara sekaligus mengembalikan memori dan nostalgia bolasepak yang pernah dikecapi Allahyarham Mokhtar Dahari.

P/s : Gambar dipetik dari akhbar Kosmo dan Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

2 comments:

  1. aku terkejut gila tengok malaysia dapat jaringkan 2 bijik gol. pape pon tahniah wat malaysia.

    ReplyDelete
  2. tuh la pasai..
    hebat gak malaysia skarang ek?
    :D

    ReplyDelete