Panduan & Cara Daftar Akaun Paypal
Bagi seoarang blogger atau internet marketing yang aktif dalam mencari duit di internet ni,membuka akaun Paypal adalah amat penting sekali kerana dapat memudahkan kita untuk menghantar atau menerima wang dari sesuatu pihak.Paypal ni diibaratkan seperti bank juga.Sekiranya tiada akaun Paypal amat susahla kalau kita nak berurusan dengan orang .Contohnya,kalau korang ada join mana2 program jana wang di internet ni yang melibatkan pembayaran melalui akaun paypal sahaja,korang mungkin akan menghadapi masalah bukan?Jalan terbaik adalah mempunyai akaun paypal kerana banyak kelebihan yang kita akan dapat.Jangan khuatir akan security paypal.Seluruh dunia tau akan kelebihan Paypal dan sebab itu mereka memilih Paypal sebagai 'bank' dalam berurusan yang melibatkan pembayaran dan penerimaan wang.
Kalau korang nak daftar akaun paypal,korang mestilah ada kad kredit atau pun kad debit.Kalau korang daftar di Paypal menggunakan kad kredit,korang mestilah mengikut syarat2 yang ditetapkan di bank.Kalau silap pakai kad kredit alamat makan "pasir" la korang nanti.So,cara yang terbaik untuk elak dari perkara2 yang 'tidak masuk akal' terjadi,adalah terbaik korang daftar akaun paypal menggunakan kad debit.
Aku cadangkan kalau nak apply kad debit,public bank (visa)adalah tempat yang terbaik untuk apply.Pergi je dekat kaunter public bank tu,tanya pak guard yang dok jaga dekat tepi pintu kata nak apply kad debit.Nanti dia suruh korang amek application form dan korang isi je la.Adalah lebih baik bawa balik form tu isi dekat rumah.Dah setle isi,esok tu korang datang balik dekat bank bagi je dekat awek2 @ pakwe2 yang bertugas di bank tu.Senang bukan?
Tunggu dalam masa seminggu atau 2 minggu pihak public bank akan hantar kad debit dekat alamat rumah korang tu sekiranya korang menepati syarat2 yang ditetapkan semasa isi application form tu dulu.Selepas dah berjaya dapatkan kad debit,tiba masanya untuk korang daftar di paypal pula.Masuk ke website paypal di sini atau click banner dibawah.Selepas korang dah isi form untuk dapatkan akaun paypal,korang mesti verified akaun paypal menggunakan kad debit tersebut.Selepas itu,Kod pengesahan akan diberi dalam penyata/semak secara online kad debit korang.Masukkan kod pengesahan tersebut dan akaun paypal korang sudah aktif dan boleh digunakan.
Note : aku ada satu ebook yang aku nak berikan dekat korang untuk download.Ebook ni ditulis oleh saudara zack idris (www.wizurai.com) berkenaan cara pengesahan paypal dengan kad debit dan cara2 untuk apply kad debit melalui on9 sahaja!.Tak rugi baca ebook ni sebab semua yang ditulis lengkap dengan gambarajah sekali.All the best!
DOWNLOAD!
jumpe pun entri ni..jap saya nak download dulu. harap pdf tu dapat membantu :)
ReplyDeletealamak..ni public bank punye ebook la..
ReplyDeletekalau xde kad debit,boleh x nk buka akaun paypal??
ReplyDelete