I'm Yours Malay Version



Kepada korang semua yang masih belum layan lagu i'm yours version malay ni,jom sama2 kita layan.Agak best la jugak lagu ni.hehe..budak yang buat lagu ni namanya si Alan.Dekat sini aku sertakan video dan liriknya sekali.So,kepada yang bosan2 boleh la layan.Kalau nak ngorat mamat ni pon ok kot.Sebab aku rasa dia solo lagi.ahaha.Happy Enjoys!!

Lirik - I'm Yours versi melayu
Kau tahu kau buat ku rasa begini
Jauh ku kembara tetapi ku ingin kembali
Biarpun berlabuh malam? tidak ku berhenti
Sebelum terlewat, ingin yang terbaik untukmu
Takkan siapa mampu menghalang azamku
Inilah masanya pelajari sesuatu

Takkan ku tunggu lagi
kini
aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau temu cinta
Dengarlah muzik ini lagu juga irama
Kita semua bersama
Punya hati jiwa untuk mahu dicinta cinta

Dan, Takkan ku sangsi
Aku pasti takkan tunggu lagi
Usah ragui masa lalu
Kini aku milik kamu

Dengar bisikan hatiku
Kau kan tahu cerita

Lama benar ku membelek diri di depan cermin
Berpusing menari pabila tiada sesiapa
Melihat rentakku sendiriku tertawa
Kini aku sedar tentang kehidupan ini
Tak perlu pura-pura, jadilah diri sendiri
Itulah diriku
Dan kamu pun tahu

Takkan ku tunggu lagi
kini
Aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau tahu luas dunia
Dengar dengar dengarlah
Ikutlah rentak kita
Inilah masa
untuk kamu percaya
cinta

Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

5 comments:

  1. dah pernah dengar lagu I'm Yours versi malay ni sebelum nih... kalau tak silap saya, yg buat lagu nih versi melayu ni, nama dia Amri... bukan Alan... dan kalau tgk videoklip lagu ni kat youtube pun, videoklip yg versi Amri lagi best dan kreatif...

    hmm... mungkin admin boleh gi check lagu I'm Yours yg versi Amri kat youtube... serious lg best... ; )

    ReplyDelete
  2. akuro san : haish..mana ada la.. amri tu lain..alan ni lain maa....
    kalau xcaya ko leh tgk myspace alan ni.. mmg alan ni yg buat lagu ni.. amri pnya video mmg nmpak kreativ..tp peminat alan ni aku rasa lagi ramai..

    ReplyDelete
  3. Lirik lgu ni bez..die yg reka ke??

    ReplyDelete
  4. admin,

    try tengok nie.
    http://www.youtube.com/watch?v=WGYLSB84sUA&feature=related

    (amri nyanyi)

    http://www.youtube.com/watch?v=mW-i_o4BzfA&feature=channel

    (amir + video clip).


    apabila bandingkan video klip di atas nie, tengok sama dengan suara si amri.

    and this

    http://pagihari.solarstreak.com/2009/02/im-yours-malay-version-lyrics/

    ak try gak cari alan nye video i`m yours, rata-rata semua video alan i`m yours same suara ngn amri nye original first post at youtube 14 february 2009.

    dan ada juga lagu english lain yang di translate oleh amri ke malay seperti delilah.

    dan malay ke english. (situasi-bunkface)

    http://www.youtube.com/watch?v=rqpKelq-Cv0&feature=channel

    cheers

    ReplyDelete