Bilal Menangis Azan Berkumandang



Suasana sedih sekali lagi menyelubungi sekitar Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan,Narathiwat Selatan Thailand apabila orang ramai yang hadir melihat gambar mangsa yang mati dibunuh ketika menunaikan solat Isyak dikejutkan dengan azan Zuhur dialunkan seorang penduduk tempatan.

Solat Zuhur berjemaah terpaksa dilakukan di bawah khemah bersebelahan masjid kerana Masjid itu masih belum dibersihkan akibat kesan darah dan tembakan yang berlaku 2 hari lepas.

Difahamkan, tindakan menggantung gambar dan nama mangsa dibunuh serta cedera tidak disenangi pihak keselamatan Thailand kerana beranggapan ia mengundang kemarahan penduduk termasuk dari negara ini yang turut bersedih dengan kejadian berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku 2 hari lepas,12 orang jemaah Masjid Al-Furqan dibunuh ketika menunaikan solat Isyak termasuk imamnya.

Jom Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada umat islam di thailand dan berdoa agar Allah turunkan musibbah kepada mereka yang bertindak kejam membunuh umat islam ketika menunaikan solat.Amin!

Petikan :
Harian Metro
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

1 comments:

  1. Ya Allah,..
    selamatkanlah umat2 Islam sekarang..

    ReplyDelete