Azza Elite Bercinta Lagi


Setelah sekian lama menjadi janda,Azza Elite atau nama sebenarnya Azzarima Zawari kini dikatakan sudah mempunyai cinta barunya.Kali terakhir mendengar khabar berita mengenai bekas penyanyi kumpulan Elite dan juga pelakon ini ialah ketika dia dikatakan mengalami tekanan emosi sehingga mencetus beberapa kontroversi yang kurang sedap didengar.

Ini semua disebabkan penceraian dengan bekas suaminya, Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce dan mula bertambah kisah gosipnya dijaja tanpa henti sehinggakan dia sendiri tidak dapat menahan semua dugaan ini.

"Apa yang berlalu biarlah ia pergi tanpa perlu menyinggah semula di fikiran saya. Biasalah, hidup ini, kadangkala kita berada di puncak dan kadang kala kita boleh tersungkur".kata2 Azza yang dipetik di dalam akhbar Kosmo hari ini.

Selepas semua itu berlalu,Azza tabah menghadapinya dan kini dia tampil dengan personaliti yang berbeza.Bukan wajahnya yang berbeza,tetapi kehadiran seorang jejaka yang tampan iaitu Firhan Yusof di dalam hidupnya.Khabarnya dia sekarang tengah hangat bercinta dengan si Firhan ni.Diharapkan jodoh Azza dan jejaka pilihannya tu kekal sampai ke anak cucu.

Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment