4 Jenis Menu Masakan


Jom Masak!haha..ntah macam mana aku rasa nak post entry pasal masak plak arini..gamaknya dah lama x masak kot.dok beli kat kedai makan ja..bosan gak..jom arr sapa2 yang tatau masak tu..jom kita blajar memasak!..dekat bawah ni ada 4 jenis menu masakan yang boleh kita belajar..jommm terjah!Nyam3

PAPRIK AYAM

Bahan-bahan
300gm ayam dipotong kecil dan dibersihkan
sehiris halia
beberapa helai daun limau purut
bunga kobis, acang panjang, karot, putik jagung
garam dan gula secukup rasa

Tumbuk
3 biji cili merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-cara
• Ayam direbus bersama halia, sedikit garam. Air jangan terlalu banyak.
• Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga masak dan nampak minyak dah naik, agak2 macam dah nak kering.
• Masukkan ayam bersama air rebusannya. Kalau nak berkuah masukkan air. Oleh kerana ayam dah direbus kita tak perlu masakterlalu lama.
• Masukkan daun limau perut bersama-sama sayur yang dah dipotong.
• Agak sayur tak terlalu keras, dan dah bau daun limau purut, bolehlah angkat dan hidangkan.


AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan
1 ekor ayam kecil dipotong 8
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan tomato puree
1 sudu makan cuka
garam dan gula secukup rasa
garam dan gula secukup rasa

Tumbuk
10 sudu makan lada kisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
sedikit halia
6 biji gajus
4 tomato biji (kisar asing dengan gajus)

Cara-cara
• Satukan ayam, air asam jawa, bahan-bahan yang dikisar dan bahan-bahan kisar keringdan masakkan atas api hingga air ayam kering.
• Masukkan santan, daun limau purut dan serai. Kacau hingga kuahnya pekat.
• Masukkan garam dan gula secukup rasa sebelum dihidangkan.


AYAM GORENG BERMADU

Bahan-bahan
1 ekor ayam seberat 1.5kg (dipotong lapan)
minyak untuk menggoreng
120g gajus

Perasa
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar madu
2 sudu besar kicap

Cara-cara
• Gaul ayam bersama serbuk lada hitam, madu dan kicap.Perap selama 1 jam.
• Panaskan minyak dan goreng ayam itu sehingga garing.
• Kemudian goreng pula gajus itu dan ketika menghidangkannya,tabur gajus itu ke atas ayam dan hiaskan dengan hirisan timun.Hidangkan panas-panas.


MEE HAILAM

Bahan-bahan
1 kg mie/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

Cara-cara
• Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
• Masukkan sos tiram setengah botol kecil. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
• Masukkan sayur2 an dan mie.




Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

2 comments: