Apa Itu Nuffnang?
Ini adalah entry pertama aku di dalam blog ini setelah dengan rasminya ditubuhkan pada 24 May 2009 jam 7.30 malam..hehe..aku pon tatau mcm mana malam ni aku rajin nk buka blog nih plak..padahal aku dalam bab2 menulis ni memang fail sikit..tapi kalau bab2 baca gua memang suka..tambah2 sbjek sejarah..gua score A kot SPM dlu ..(acecece..megah diri sat..haha..)adush..melalut plak dh..ok,berbalik kepada topik asal kita iaitu apakah NUFFNANG?
Berapa ramai yang tau pasal nuffnang ni?adakah korang sudah pon join nuffnang atau baru dalam proses nak join nuffnang?kalau yang dah tau pasal nuffnang ni just ignore kan saja entry nih..yang tatau langsung nuffnang ni jom sama2 kita follow!!!
Nuffnang secara rasminya telah ditubuhkan pada 27 Februari 2007 oleh 2 orang sahabat iaitu Timothy Tiah dan Cheong Ming Shen.Berbekalkan pengalaman yang mereka peroleh ketika melanjutkan pelajaran diluar negara,mereka telah mengembangkan lagi program ini dan telah pon menembusi empat buah negara iaitu MALAYSIA,SINGAPURA,FILIPINA dan AUSTRALIA.
Nuffnang telah diterima baik oleh blogger2 dari Malaysia,Singapura,Filipina dan Australia dan sekarang sudah hampir 80,000 blogger yang telah berdaftar dengan nuffnang.
Apa yang menarik tentang nuffnang ini ialah ianya salah satu program buat duit yang TIDAK memerlukan modal untuk mencubanya..apa yang perlu kita ada ialah blog atau website.Ramai blogger2 yang telah mendapat CEK dari nuffnang ini antaranya saudara Noorizam Shah.
Beliau memang otai la dalam buat duit dekat internet ni.Banyak lagi blogger2 yang telah pon mendapat cek dengan nuffnang nih.So,apa tunggu lagi?yang mana tak join lagi tu,eloklah daftar dengan nuffnang ni dan yang mana tak ada blog lagi,buat lah blog,tak payah bayar duit pon,buat blog free daftar dengan nuffnang pon free.MAU dengan TAK MAU saja.Tepuk dada tanyalah diri sendiri.
Untuk mendaftar dengan nuffnang layari website www.nuffnang.com.my dan kepada yang tak ada blog lagi boleh daftar dekat www.blogger.com.
Selamat Maju Jaya!!!
erm...
ReplyDeletewa xreti la nak wat nuffnang nyh..
ajar wa bley??