Akhil Hayy Dan Isteri Bercerai?




Akhirnya, keutuhan perkahwinan Akhil Hayy dan isteri Maizawati Zainal yang dibina selama 14 tahun, dimana mereka dikurniakan empat orang anak, ditundukkan juga oleh gosip-gosip tentang perhubungan Akhil dan Waheeda.

Sekuat mana pun penafian mereka, jelas perkembangan terbaru ini seakan mengiakan desas-desus yang sudah bertiupan sejak beberapa tahun ini tentang perhubungan antara pendakwah bebas dan penyanyi itu.

Dalam akhbar Harian Metro hari ini, Maizawati yang telah selama ini mendiamkan diri, akhirnya tampil ke depan untuk mengumumkan perpisahannya dari Akhil dan kes perceraian mereka akan dibicarakan pada 2 Jun ini.

Katanya, jodoh diantara mereka sudah tiada dan dirasakan apa yang berlaku atas ketentuan Allah SWT dan untuk kebaikan mereka bersama.

“Saya tidak salahkan dia. Saya reda kerana saya anggap apa yang berlaku sebagai mainan dunia semata-mata. Cinta kita cinta kepada Allah. Setiap perkara yang berlaku ada qada’ dan qadarnya.

“Tiba masanya saya tampil memberi penjelasan supaya masyarakat memahami apa yang berlaku. Tiada langsung niat untuk memburukkan sesiapa. Mungkin ada hikmahnya selepas ini,” jelas Maizawati yang turut memberitahu dia percaya bila diberitahu Akhil tidak berkahwin dengan Waheeda.

Sumber dari www.Gua.com.my


pst::Begitulah kisah Ustaz ROckkkk yang aku minat nih punya cerita..selepas gosip punya gosip dengan si Waheeda tuh,akhirnya dia telah bercerai dengan isterinya..huhuh..sabar je la ustaz..mungkin jodoh anda tak panjang..kami mendoakan anda bahagia dan sabar dalam menempuh dugaan.Amin!
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

6 comments:

  1. ustaz nie aku pon minat, tp cerai2 nie yg aku x sk..... pe slh klu dia khwn ngn waheeda skali...... elak maksiat, nm pon mkn naek.... huhuhuhuhuhu tp jodoh maut itu semua di tgn tuhan....

    ReplyDelete
  2. ustaz ni kalau bg ceramah aku ckup suka..mmg x bosan and x boring..huhuh..apa leh wt..jodoh xda..

    ReplyDelete
  3. Heh.. ni lah contoh2 "ustaz" yg spatutnya jd role model?

    Memang jodoh maut di tgn Tuhan, tp kita x boleh berserah saja.. tawakal.. sket2 tawakal..
    Allah nak kita usaha..

    Yang dia nih dh 3bulan x balik2 umah, x jalankan tangungjawab dia sbgai seorang suami, tak bgtahu isteri dia ke mana dia menghilang, ke mana perginya batas2 agama yg sepatutnya dia patot arif ttg hal itu.. yelah "ustaz" kan..

    3 bulan menghilang tanpa khabar berita, menyusahkan anak2 yg di perli2 kt skolah, mana pegi tanggungjwb dia? dah mengejar populariti dah skang ustaz ni.. dh jd public figure mcm artis2..

    mmglah isteri dia mintak cerai.. jgn salahkan jodoh..

    ReplyDelete
  4. naz:relex2..jgn marah..hehe..

    maybe ada sebab yang kita xtau mcm mana boleh jadi mcm ni..so,kita juz berdoa saja ok .cool beb ;)

    ReplyDelete
  5. sial ko kwaii puas ko main anjing

    ReplyDelete
  6. huh..mcm canggih la pula blog spot ne tp mcm xckup followerz......

    ReplyDelete