Cara Mudah Bayar Bil Menggunakan CIMB Clicks

Dalam kesibukan kita bekerja, kadang-kadang sampai tak sempat untuk membuat pembayaran bil di kaunter. Oleh itu, kita seharusnya menggunakan teknologi IT sebaik mungkin untuk memudahkan kita membuat pembayaran bil hanya dengan hujung jari sahaja!

Untuk tutorial hari ni, aku nak kongsikan dengan korang cara mudah buat bayaran bil seperti ASTRO, AIR & ELEKTRIK atau sebagainya dengan menggunakan CIMB CLICKS.

Ok sebelum kita mulakan, aku andaikan korang dah penah ada pengalaman login masuk ke CIMB CLICKS tetapi tak tahu macam mana nak bayar bil.

LANGKAH 1 :
  • Masukkan User ID CIMB Clicks korang dan kata laluan dengan betul.

LANGKAH 2 :
  • Selepas log masuk ke akaun, korang akan dibawa ke muka hadapan CIMB Clicks.


LANGKAH 3 :
  • Klik pada menu " Pay" dan "Bills"

LANGKAH 4 :
  • Disini ada banyak pilihan. Jika nak bayar bil elektrik, klik pada "utilities"

LANGKAH 5 :
  • Selepas selesai memilih jenis bil yang nak dibayar, tunggu sebentar dan akan keluar "pop up" untuk korang isikan maklumat bil dan jumlah bayaran yang nak dibuat.

LANGKAH 6 :
  • Dah selesai, klik pada butang submit, korang akan dibawa ke page seperti dibawah dan jangan lupa klik pada "proceed to payment"

LANGKAH 7 :
  • Sebelum korang confirmkan pembayaran, klik pada butang "Request TAC". Sila semak telefon bimbit korang kerana sistem CIMB akan menghantar TAC Number untuk tujuan keselamatan.
  • Dah selesai masukkan TAC, klik pada butang "confirm".
  • Tahniah! korang dah berjaya membayar bil dengan pantas tanpa perlu beratur!

LANGKAH 8 :
  • Kalau korang nak semak atau print setiap traksaksi yang berjaya, sila follow gambarajah dibawah.

Diharapkan artikel ini berguna untuk korang. Kalau ada sebarang pertanyaan, jangan malu2 untuk tinggalkan komen dibawah.
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment