Pendedahan Penjual Telefon Pintar Secara Pukal Di Internet

Cerita ini aku telah cilok dari blog ohtidak.com untuk dikongsikan dengan pembaca diblog aku. Al-kisahnya bermula apabila seorang usahawan melayu yang baru nak mula bisnes telefon pintar telah ditipu oleh seorang wanita melayu yang lagaknya seperti " wanita yang duduk dalam lindungan kaabah". Walaupun beberapa orang mangsa telah membuat laporan polis,tetapi wanita ini masih lagi bebas dan aktif melakukan kerja yang bodoh ini!
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk mulakan bicara, biar aku cerita serba sedikit bagaimana aku boleh kena tipu. Aku seorang anak muda muslim yang tekad untuk buat bisnes sendiri. Sejak dulu lagi memang aku minat dalam dunia bisnes ni. Nak dijadikan cerita, aku telahpun mendaftar sebuah syarikat berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Tujuannya adalah supaya pelanggan lebih yakin untuk berurus niaga dengan aku. Aku buka syarikat untuk menjual telefon bimbit dan aksesori telefon bimbit.

Disebabkan aku ni baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan 'secara formal' aku buntu nak cari pembekal barang untuk dijual. Siang malam aku mengadap komputer untuk mencari pembekal. Sebelum ni aku ambik smartphone di KL, tapi harganya agak mahal. Jadi, aku mencari pembekal lain yang lebih murah. Lalu, aku meminta pandangan kawan aku, kat mana boleh aku cari pembekal telefon bimbit yang murah? Lalu kawan aku tu pun mencadangkan aku untuk melayari sebuah laman web (dirahsiakan).

Aku pun mula meneroka dunia perniagaan web tersebut. Cari punya cari, akhirnya aku jumpa iklan yang menawarkan penjualan telefon bimbit dengan harga murah. Aku menelefon nombor tertera. Aku pelik juga, kenapa murah sangat telefon yang dia jual ni? Aku pun tanya pengiklan tu, lalu dia menjawab dia menjual hanya kepada dealer, dan biasanya dealer beli dalam jumlah yang banyak. Aku pun mintak quotation supaya urus niaga yang dijalankan adalah tidak meragukan, lebih formal, dan teratur.

Beberapa hari berikutnya, aku hantar SMS kepada pengiklan tersebut, lalu dia menyatakan bahawa dia agak sibuk dan suruh aku menghubungi seorang perempuan secara terus, sebab perempuan ni lah yang merupakan pengedar telefon bimbit ni. Tanpa berlengah, aku pun segera menelefon perempuan tu, tapi tak berjawab. Kemudian dia menghubungi aku semula dan menyatakan dia tak dapat jawab panggilan aku sebab dia ada mesyuarat. Kemudian, dalam perbualan telefon, kami berbincang pasal harga dan sebagainya. Lalu, tempat untuk berjumpa ditetapkan. Sebelum kami berjumpa, hari-hari dia hubungi dan SMS aku dan asyik bertanya, 'adik, jadi jumpa tak?'. Soalan ni lah yang asyik dia tanya.

Kemudian, hari yang dijanjikan telahpun tiba. Kami berjumpa di sebuah restoran di Subang Perdana. Quotation dan agreement pon ada. Mula-mula aku memang ragu-ragu dan bagi duit kat dia. Dia kata dia memang takde ready stock. Bila orang order baru dia pergi ambik order. Dalam agreement tu, lepas aku bayar deposit sebanyak RM1000 untuk setiap unit, aku akan dapat dalam masa seminggu. Mula-mula memang aku ragu-ragu. Tapi memandangkan cara dia cakap tu berkesan dan siap ada dokumen dan syarikat berdaftar, aku jadi yakin. Lalu, aku bank-in RM3000 untuk membeli Samsung Galaxy Note II dengan harga dealer, yakni RM1700 seunit.

Nak dijadikan cerita lagi, ada pelanggan mintak Galaxy S III kat aku. Masa tu, memang stok fon aku dah habis. Aku agak terdesak untuk dapatkan fon. Lalu, aku hubungi perempuan ni. Katanya, Galaxy S III RM1300. Kalau aku bank-in full payment, aku dapat malam esok pukul 9. Dia siap cakap 'Confirm dapat esok', Confirm!. Dan ditakdirkan Allah, aku hanya dapat bank-in RM1000 sahaja. Tapi aku kaw-tim dengan dia. Dia kata boleh dapat esok malam sebab dia dahulukan RM300 dia.

Keesokan malamnya, pukul 8.20pm dia mesej aku, dia tak dapat hantar barang sebab runner dia takde. Dia suruh aku tunggu sampai pukul 3pm esok. Dalam pukul 1.45pm aku mesej dia pasal status barang aku. Dan dia jawab dia nak pergi ambik stok. Sampai pukul 3 aku tunggu, Galaxy S III yang dijanjikan masih tak muncul-muncul. Pukul 4 aku SMS dia lagi. Dia kata pukul 5 pulak. Pukul 5 aku hubungi dia, dia kata pukul 6 pulak. Pukul 6, aku hubungi dia, dia kata lagi 15 minit. Masa ni memang aku dah menyirap. Sampai 6.15 pun barang aku tak sampai ke tangan aku lagi. Keesokan harinya, aku follow-up tentang status barang aku. Hari-hari dia 'game' aku macam ni. Mula-mula cakap petang, lepas petang malam, lepas malam esok pulak. Memang ini lah cara dia mengelak daripada bagi barang kat aku hari-hari dengan menggunakan cara yang sama.



Kemudian, setelah aku rasa tertipu, aku google nombor IC dia. Ternyata memang keluar nombor IC di dalam ruangan komen sebuah blog. Masa tu tangan aku terketar-ketar tahu aku dah kena tipu RM4000. Untuk pengetahuan, dia bagi nombor IC dia lepas aku bank-in duit berserta tanda tangan dia pada surat perjanjian. Kalau dia bagi sebelum aku bank-in, memang aku boleh google lah nombor IC dia. Dan beberapa hari kemudian, keluar gambar dia di facebook yang menyatakan dia telah menipu orang dengan jumlah yang ditipunya bernilai RM340k. Nampaknya bukan aku sorang yang dah kena tipu, tapi ramai lagi sebenarnya. Dan dia pun tahu bahawa poster ni telah tersebar di facebook.

Kemudian, setelah tiba tempoh seminggu untuk aku dapatkan Galaxy Note II aku, aku hubungi dia. Seperti biasa, cara dia mengelak adalah sama. Memang aku menyirap dan menyumpah seranah perempuan ni. Dia siap guna nama Allah untuk membenarkan tindak-tanduknya serta menggunakan kisah peribadinya untuk menagih simpati. Setelah aku marah-marah dia, dia kata bagi dia tempoh sampai Isnin depan untuk dia dapatkan stok. Sampai Isnin depan, dia cakap hubungi dia pukul 6.30. Pukul 6.30 aku hubungi dia, dia tak jawab dan dia SMS aku untuk menyatakan dia tengah pergi ambik stok. Aik? Dari hari Rabu sampai Isnin, hari Isnin baru kau nak pergi ambik stok? Lepas tu, dia kata malam baru boleh jumpa dia. Tiba waktu malam, aku hubungi dia, dia kata tak boleh bagi sebab dia sibuk, jadi kena tunggu esok. Memang aku menyirap tahap gaban. Mintak duit balik tak dapat, mintak barang pun tak dapat.

Lalu, aku berpakat dengan kawan aku untuk jerat dia. Kawan aku ni berbangsa India dan dia tak mengesyaki apa-apa, sebab semua mangsanya adalah orang Melayu. Tempat diorang jumpa adalah di sebuah restoran di Taman Sri Muda, betul-betul bersebelahan dengan Balai Polis Sri Muda. Setelah perempuan tu datang, kawan aku ni pun bincang dengan dia. Setelah beberapa minit bincang, aku masuk mencelah. Muka dia memang terkejut beruk. Nak bayar duit aku kau mengelat, tapi bila nak ambik duit orang lain laju je dia datang. Dia memang tamak. Walaupun dia tahu gambar dia dah tersebar di facebook, dia masih bergiat aktif menjalankan penipuan ni.



Setelah lama berbincang, kami menangkap perempuan durjana ni masuk ke balai polis. Dia menangis-nangis diminta diberikan peluang. Aku nak dia ditahan di dalam lokap sebab sebelum ni aku dah buat laporan polis pasal kes ni. Dari pukul 12am - 6am kami berada di Balai Polis Sri Muda. Tapi sayang perempuan durjana ni tak dapat ditahan kerana terlalu banyak kerenah birokrasi.

Kata pihak polis yang berjawatan tinggi, dia tak boleh ditahan sebab polis tak bukak kes sebab dalam laporan polis aku yang sebelum ni, aku buat keputusan untuk bincang dengan perempuan ni untuk dapatkan balik duit aku. Lepas tu aku tanya, "habis tu, kan dah ramai yang buat report pasal perempuan ni?. Polis tu jawab, "ini bukan kes saya, saya tak boleh tahan dia".

Lihat, betapa banyaknya kerenah birokrasi. Aku ada hubungi sorang mangsa, katanya dia ditipu lebih daripada RM33k tapi dia tak nak buat laporan polis sebab dia tak nak duit dia hangus bila dia buat laporan polis. Dan sampai sekarang dia masih bergiat aktif dalam penipuan ni. Buktinya, sorang kawan aku ni hantar mesej melalui Whatsapp, dia jawab dan masih melakukan aktiviti menipu ni.

Dibawah adalah identiti penipu didedahkan kepada umum supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa wanita ini. Perlu diingatkan disini, wanita ini masih lagi aktif melakukan aktiviti menipunya untuk meraih keuntungan tanpa memikirkan halal dan haram!



Biodata penipu:

Nama: Norazlinda bt. Abu Othman
Lokasi: Bangi
Asal: Pulau Pinang
No. IC: 800426075364
No. telefon: 0175890072
No akaun: 157139644430 (Maybank)
Syarikat: Galaxytel Marketing & Services (NS-0103541)
Link iklan: http://www.majalah.com/?classified:mega-sale-handphone-very-cheap-all-items-original-factory-hurry:8T5GDNT9GJ
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment