KL Gangster 2 Prekuel Akan Ditayangkan Pada Tahun 2013

Selepas berjaya menarik ratusan ribu penonton menyaksikan KL Gangster, dengar khabar KL Gangster Prekuel terpaksa ditangguhkan tayangannya.

Jadual asal filem ini sepatutnya pada 27 Disember 2012 dan telah ditunda pada tahun 2013. Tarikh tepat tayangan filem ini belum dipastikan oleh pengarahnya, Syamsul Yusof.

Selepas berjaya mengutip hampir RM13 juta dalam KL Gangster, tentunya peminat tidak sabar menunggu KL Gangster prekuel ditayangkan kelak.

Untuk mengelakkan kekeliruan, KL Gangster Prekuel bukanlah sambungan dari KL Gangster. Ianya adalah cerita sebelum Malik masuk penjara, King jadi Taiko, dan bagaimana Shark, Dragon dan Jai berkuasa.

Sebab filem ini ditunda adalah kerana lambakan filem tempatan yang cukup banyak untuk tahun 2012.

KL Gangster Prekuel masih mengekalkan pelakon seperti Aaron Aziz, Ady Putra, Sofi Jikan, Zizan Rajalawak dan yang lebih menarik lagi, hero malaya Rosyam Nor juga akan turut beraksi kali ini.

Walaupun terpaksa ditangguhkan, peminat akan setia menunggu filem ini ditayangkan nanti dan yang pastinya filem ini bakal menjadi filem Box Office!

Mari kita layan gambar pula..

Gambar Xdit to : TheHitman Nazri
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment