Polis Sahkan Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim Tidak Bersalah

JASIN 9 September: Pengawal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Jim, tidak mengacukan pistol kepada samseng Umno walaupun berdepan provokasi mereka.

Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin, berkata Jim berusia lingkungan 30 tahun, ditahan selepas polis menerima lima aduan daripada Pemuda Umno Jasin.

“Seorang anggota polis yang melihat insiden itu juga menegaskan Jim tidak mengacukan pistol (ke arah samseng). Jim dibebas selepas polis berpuas hati dengan rakaman video kejadian itu,” katanya kepada Keadilan Daily ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, Melaka.

Jim ditahan polis berpakaian preman ketika cuba menyurai samseng umno yang mengerumuni bas Merdeka Rakyat untuk ke sambutan Aidil Fitri KEADILAN Cabang Jasin di Kampung Kelubi, Jasin.


Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua anggota polis bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar dan kononnya, memaksa senjata api itu dimasukkan semula ke sarung.

Malah, Setiausaha Kerja Wanita Pusat, Maisuri Zainal pula berkata Jim hanya mengacah dengan mengeluarkan pistol sebagai langkah berjaga-jaga tapi muncungnya menghala ke tanah.

“Saya nampak beliau halakan pistol ke bawah…bukan acu (ke arah samseng),” katanya yang mengikuti program jelajah berkenaan, sambil menggayakan semula aksi itu.

Selain itu, Maisuri dan rakannya, Abdul Hadi Suhaimi juga yakin dapat mengecam wajah samseng Umno yang menyimbah cat ke bas Merdeka Rakyat, jika kawad cam dibuat.



Menyatakan sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Jasin lewat malam 8 September lalu, beliau berkata, mereka nampak jelas insiden itu dari dalam bas, sebelum keluar merakam gambar dan video.

Laporan polis berhubung insiden itu sudah dibuat Radin Shamsulkamar pada jam 8.43 malam di balai polis sama

Sumber : Keadilan Daily
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment