8 Tips Layak Menjadi Isteri


Seringkali wanita bertanya, mengapa lelaki begitu, mengapa lelaki begini, mengapa lelaki selalu tidak menghiraukan wanita? Mengapa cinta lelaki selalu bertukar hambar pada wanita? Namun, tidak pernah pula wanita bertanya, adakah wanita itu sendiri layak untuk dijadikan seorang isteri?

Pasti ramai yang mengaku diri mereka layak, kerana mereka rela berkorban, sanggup melakukan apa saja demi cinta, amat setia, ikhlas cinta, dan sangat sayangkan lelaki pilihannya itu. TETAPI, itu pendapat mereka sendiri. Bagaimana pula pendapat lelaki terhadap wanita, kekasih/tunang/bakal isterinya itu?

JADI, PERSOALANNYA… “Adakah anda layak untuk dijadikan isteri?”

Di sini ada tip dari bro love berikan untuk anda boleh dianggap layak untuk dijadikan isteri oleh lelaki. InsyaAllah, mungkin dengan melakukan beberapa perkara ini dan menjadikan ia cara hidup anda, anda bakal dikahwini pasangan tidak lama lagi.


TIP 1 : Letakkan AGAMA no 1 di dalam perhubungan cinta anda agar pasangan lelaki anda merasa segan untuk dengan mudah mempermainkan anda. Jika kerana agama, membuatkan anda susah untuk mendapat jodoh, well itu lebih baik daripada mendapat jodoh yang tak ada pegangan agama dan tidak menghormati agama sendiri.
TIP 2 : Jangan terlalu MUDAH! Jika anda mudah diayat, mudah dipegang, digosok, dan akhirnya mudah dinoda, anda sebenarnya jauh daripada layak untuk dijadikan isteri. Jika anda begitu mudah melepaskan ‘Mahkota’ anda, apakah yang anda ada lagi untuk lelaki merasa anda layak untuk dijadikan isteri? (Berbeza jika anda pernah terlanjur dan sudah bertaubat, insyaAllah anda masih mempunyai peluang)
TIP 3 : Lelaki mahu merasa SELAMAT dan PERCAYA kepada anda untuk melepaskan anda pergi kemana sahaja atau membiarkan anda bersama sesiapa sahaja. Untuk itu anda perlu ubah diri anda agar tidak terlalu sosial dan bijak berkawan. Di saat lelaki mulai percaya kepada anda, anda layak menjadi isterinya. (Berbeza dengan waktu mulai memikat, kena buat lelaki rasa kurang selamat)

TIP 4 : PANDAI MEMASAK! – Pandai? Tak pandai? Aisehman… macamana nak kahwin ni? Mungkin lelaki akan berkata, tak kisah, it’s okay, kita beli nasi bungkus je atau kita makan luar je… Yaa… setahun dua boleh lah kut. Selepas tu? Takkan 5-10 tahun makan kat luar je atau makan makanan yang dimasak oleh orang lain? Wanita kena tahu memasak, itu penting. Air tangan anda tu biar dia dapat rasakan sebelum kahwin lagi, barulah dia akan selalu nak makan masakan anda, dan pastinya mahu anda menjadi isterinya!
TIP 5 : JANGAN HANYA MENGIKUT – Sesetengah lelaki suka memiliki wanita bijak! Atau wanita yang pandai membuat keputusan. Wanita yang punya pemikiran matang dan boleh berdikari. Jika anda asyik suka mengharap pada lelaki saja. Anda memang tidak layak untuk dijadikan isteri. Jika apa nak makan, mana nak pergi, apa nak buat pun anda tidak boleh nak cakap… itu yang pasangan anda jadi bosan tu, dan pergi dengan girl lain tu, adoi!
TIP 6 : BERANI! – Lelaki bukan berani sangat kalau berdepan dengan wanita yang lebih berani! Malah ada yang kecut perut. Jadi, anda kena berani untuk say NO, atau berani untuk melawan kehendak lelaki. Ini akan membuat lelaki terfikir yang anda bukan boleh main-main. At the end, ia membuatkan lelaki menurut apa saja kata wanita. So, anda boleh lihat sendiri situasi yang anda berada sekarang. Adakah lelaki ikut anda atau anda ikut lelaki?
TIP 7 : BIJAK MENGURUS KEWANGAN – Lelaki mahu merasa UNTUNG bersama anda. Mereka tak mahu rasa RUGI! Jadi, apabila anda ada hutang sekeliling pinggang, boros, suka membeli barang-barang mahal, duit habis sebelum hujung bulan, mungkin peluang untuk dijadikan isteri agak tipis! (Nak belanja besar boleh, tapi you la kena gaji besar ler)
TIP 8 : Lelaki mahu kahwin dengan seorang WANITA, bukan dengan budak kecik yang merenget tak habis-habis hehehe… Adakah anda seorang wanita atau budak kecik? Adakah anda wanita yang punya pendirian? Berpelajaran tinggi? berfikiran Matang? Berdikari? Berdikari? Berdikari?

sumber
: razzirahman.com

Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment