Kad Pengenalan Aaron Aziz Adalah Palsu

Kad pengenalan yang heboh disebarkan di forum,facebook dan twitter kononnya milik hero malaya Aaron Aziz adalah tipu belaka. Aaron telah membuat penafian berhubung isu tersebut dan dia sangat kesal dengan individu yang menyebarkannnya.

dibawah adalah pengakuan Aaron yang diambil dari harian Metro.

KUALA LUMPUR: “Nama saya Aaron Aziz Mustafa, bukan Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa.

Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet,” kata pelakon, Aaron Aziz, 36 yang berang dengan 'permainan’ individu yang menyiarkan keratan kad pengenalan ‘buatan sendiri’ didakwa miliknya di sebuah forum hiburan, semalam.

Kata Aaron, sejurus membuka laman hiburan itu, dia terkejut selepas mendapati tuduhan mengatakan nama sebenarnya ‘Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa’ dan dia difitnah menipu peminat dengan nama sebenarnya.

Wartawan Harian Metro yang turut melayari forum terbabit dan melihat kad pengenalan itu mendapati Aaron dikritik hebat di rangkaian laman sesawang terbabit sebelum namanya itu dipermainkan.

Menurut Aaron, perbuatan individu itu sangat dikesali kerana memperlekehkannya dan dia menegaskan nama sebenarnya Aaron Aziz Mustafa bukan seperti didakwa.

Aaron berkata, kad pengenalan tiruan itu turut disebarkan di beberapa laman sosial lain seperti facebook dan twitter sehingga mendapat perhatian ramai.

P/s : Mungkin individu yang mengedit dan menyebarkan kad pengenalan palsu itu untuk bergurau sempena April Fool.Tetapi lain pula jadinya.Nasib ko la Aaron. Lepas ni kalau orang pangil ko Haron ko terima ja. Sedap juga tu. Nama mcm ala2 kampung sikit.hehe~
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment