Bantahan Rakyat Kenaikkan Cukai 6% Top-up Di Facebook

Selepas kenaikkan cukai 6% untuk reload & simpack baru-baru ini, ramai yang tidak berpuas hati.Yang paling hangat adalah bantahan rakyat dekat facebook.Macam-macam komen yang dilemparkan mereka disana

6 hari page ini dibuka, sudah hampir 57,803 ribu yang telah menekan button LIKE! Angka ini mungkin akan bertambah jika kerajaan masih belum menarik semula tax tersebut.

Dibawah antara Screenshot yang aku ambik dari page tersebut.Korang lihatlah sendiri wall disitu.Macam-macam ada kan? :D



KUALA LUMPUR - Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.

Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.

Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu.


Kalau korang rasa cukai ini membebankan dan tidak patut, jom reramai kita LIKE page tu.

KLIK DISINI UNTUK LIKE!
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment