Berat Sama Dipikul Yang Ringan Sama Dijinjing

Didalam bulan Ramadhan yang mulia ini, banyakkanlah sedekah dan saling menolong mereka yang tengah berada dalam kesusahan.Entry aku malam ni sekadar ingin menolong sahabat forum aku yang tengah berada dalam kesusahan dikala ini.

Aku nak tolong dia dalam wang ringgit, rasanya tak mampu sebab tengah sengkek tengah bulan.Banyak duit habis nak raya nanti.Aku hanya mampu tolong mempromosikan didalam blog je la kesusahan member aku tu.Mana tau ada yang baik hati nak tolong? :)

Sebelum tu,mari kita baca sedikit artikel kesusahan member aku tu yang telah dipostkan oleh beliau di forum

"saya ingin memohon bantuan CGrian sekalian, saya sekarang sedang berada dalam masalah kewangan yang kronik dalam sejarah hidup saya.

Pada June 2011 saya telah membayar sejumlah wang (RM5800 untuk 207 pasang baju kurung cotton dan baju melayu cotton sebagai produk untuk saya niagakan) kepada seorang supplier baju kurung kanak-kanak yang saya kenali melalui facebook dan saya telah pun ke rumah dia untuk melihat sample stok baju raya.

Menurut perjanjian 30 june baju2 akan sampai, tapi sehingga ke hari ini tiada baju yang sampai. Saya telah membuat laporan polis berkenaan hal ini, kerana supplier enggan membayar refund wang saya..manakala saya sendiri perlu refund kepada customer yang telah membayar untuk pre-order.sampai hari ini supplier gagal bekalkan stok baju...bermacam alasan diberikan...


Rentetan kes di atas, saya dan sekeluarga mengalami masalah kewangan yang amat teruk.. saya tidak mampu membayar ansuran kereta proton sudah 3 bulan bil elektrik tunggakan sebanyak rm480 bil telefon dan internet tunggakan sebanyak rm700

dan kami terpaksa berikat perut anak beranak sejak june sehingga hari ini. simpanan yang ada telah habis digunakan untuk refund customer, ada 3 event yang saya telah bayar deposit untuk booth, dan deposit tu hangus kerana saya tiada produk untuk di niagakan.

buat pengetahuan saya mempunyai 3 anak, semua berusia bawah 4 tahun..yang paling kecil umur 6 bulan.isteri saya tidak berkerja, hanya mebuat jualan secara online.

hari ini, kami sedang bertungkus lumus untuk langsaikan hutang-hutang di atas.saya tidak mahu meminjam / membuat loan..jadi saya telah cari mana-mana pihak yang boleh berikan barang untuk dijual..

Di sini saya mohon jasa baik warga CGrian yang berkemampuan, agar sudi membeli barangan yang saya niagakan...untungnya tidak besar, tapi insyaALLAH mampu untuk menyelesaikan sedikit masalah kewangan kami"


Kalau korang nak tau barang apa yang dijual oleh sahabat aku ni, boleh tengok dekat SINI

Sama2lah kita ringankan beban sahabat aku tu yer :)
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment