Siapa Sebenarnya BERSIH

Pengenalan

BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia.

Formulasi Kenyataan Bersama

Kenyataan Bersama dikeluarkan ekoran ‘Bengkel Reformasi Pilihanraya’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada September 2006. Kenyataan Bersama menyatakan objektif-objektif jangka panjang dan tuntutan-tuntutan segera (jangka pendek) sebagai matlamat gabungan ini.

Jawatankuasa Induk BERSIH

Jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli dari parti politik dan wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu: Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) and Writers Alliance for Media Independence (WAMI).

BERSIH 2.0 ahli AJK & penganjurnya terdiri daripada pendokong IFC & NGO cina iaitu SUQIU . Apa tujuan & matlamat mereka ?


1- Kesedaran sistem pilihanraya tidak telus, tidak adil

2- Menjelaskan kepada rakyat usaha-usaha perlu dibuat secara bersama.

3 – Menuntut pihak berkuasa supaya menyahut tuntutan rakyat yang mahukan pilihanraya bebas, bersih dan adil.


BERSIH 2.0 dilancar selepas pilihanraya negeri Sarawak baru sudah melabuhkan tirai , selepas tsunami politik melanda semenanjung pada pilhanraya umum ke-12 , 5 negeri berjaya dirampas oleh pakatan pembangkang .

yang menjadi huru hara adalah selepas PRN Sarawak di mana , pakatan pembangkang tidak berjaya menawan Sarawak kerana rakyat Sarawak tidak mudah termakan dengan dakyah & hasutan pembangkang .

selepas kekalahan mereka , maka BERSIH 2.0 diwujudkan . yang menjadi tanda tanya kenapa tidak wujud BERSIH 2.0 selepas 2008 & beberapa siri PRK yang berlangsung di mana mereka(pembangkang) banyak memenangi pilihanraya ? SPR adalah sangat telus untuk mengurus & menyelaras urusan pilihanraya di Malaysia.

AJK BERSIH2.0 :

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.

Apa itu IFC ?

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.


14 Tuntutan IFC yang wajib kita mengetahui:

1 – Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2 – Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3- Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4- Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5- Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6- Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7- Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8 – Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9- Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10- Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14- Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


P/s : Dipetik dari salah sorang forumer di forum@cari.Aku tak sure 14 tuntuam BERSH tu betul ke tak.Korang ada akal, sama2 fikirkanlah :)

Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

6 comments:

  1. Teramat tidak setuju sekali dengan artikel & pandangan di atas. Banyak fakta yang tidak benar dan ditokok tambah. Kena dengar dan baca dari pihak itu sendiri bukan dengar ulasan dari musuh-musuh politiknya.

    ReplyDelete
  2. btol tu bro..aku pn xbapa nk pecaya gak..

    ReplyDelete
  3. mustahil permintaan ifc ni tak dianggap berat sebelah oleh orang melayu islam khususnya..sangat2 tidak masuk akal!!

    ReplyDelete
  4. rasenye xperlulah kite ikut yg tak baik.kite ambil yg elok shj.contohi Rasullullah dlm perjanjian Hilf Al Fudul, baginda bekerjasama dengan kafir quraisy dalam menentang penindasan.pndapat sy.ifc mmg kite patut tentang.tpi tuntutan bersih 2 pndapat sy xbertentangan dengan agama islam sbb ia hanya menuntut pilihanraya yg bersih dan adil.

    ReplyDelete
  5. betul tu..pandangan saya bersih 2.0 untuk menjamin keadilan dalam pilihan raya supaya telus dan semua pihak berpuas hati..selagi tuntutan nya adalah demi kestabilan politik dan kepuasan hati kedua2 pihak mengapa harus di tentang??kecuali ada udang di sebalik batu ada pemikir yang takutkan politik kita menjadi adil, demi kepentingan politik mereka..amba tidak menyokong sesiapa namun begitu tuntutan mereka harus lah di ambil berat kerana tuntutan mereka sebelum ini yg melalui memorendum sendiri pun tidak di ambil tahu..mungkin ini sahaja caranya untuk semua rakyat membuka mata dan sama2 menentang..wallahualam..

    ReplyDelete
  6. Knp kita perlu myokong org kafir... Terang-terang pengerusi org kafir...fkrlah..

    ReplyDelete