Artikel menarik untuk santapan pembaca sekalian yang dikongsikan oleh Dr fauziah melalui email.Sama2lah jadikan panduan untuk mencari pasangan hidup kelak
Dalam kesibukan 'berperang' dengan kertas2 jawapan pelajar2 saya, tiba-tiba teringat kepada satu email yg bertanyakan masalah tidak serius di dalam perhubungan.
seorang gadis yang berasa bimbang dengan sikap diri sendiri yg cepat bosan dengan teman lelaki. gadis ini berasa bimbang, sampai bila dia akan berterusan dengan sikap tersebut. Umur makin meningkat, tapi tidak ada satu pun yang menjadi, Bukan kerana salah teman lelaki atau calon bakal suami, tapi diri sendiri yg cepat berasa ! bosan. Kadang2 terasa bersalah kerana seperti mempermain-mainkan hati insan yang benar2 berharap utk menjadi teman hidup.
Saya sendiri tidak tahu bagaimana nak menolong adik yg menghadapi masalah seperti ini. tapi mungkin ada baiknya difikirkan semula apakah tujuan perkahwinan? Tujuan perkahwinan bukan semata-mata utk menghalalkan hubungan di antara seorang wanita dan lelaki, tetapi mempunyai matlamat dan tujuan yg lebih mulia. Antaranya utk melahirkan zuriat, penyambung keturunan, juga menyambung kesinambungan kehebatan umat Islam. Perkahwinan itu juga dikira sebagai ibadah jika diniatkan kerana Allah s.w.t.
Ringkasnya, perkahwinan adalah satu kehidupan yg dipenuhi dengan tanggungjawab.bukan hanya utk diri sendiri, tetapi juga utk insan lain yg bergelar suami atau isteri. Perkahwinan juga bukan bermakna kita hanya bernikah dengan pasangan kita, tetapi kita juga bertanggungjawab kepada keluarganya.
perkahwinan bukan hanya utk bersama-sama di dalam waktu suka atau gembira, tetapi juga di waktu duka lara pasangan kita. Tapi kalau kita hanya bersedia utk berkongsi kegembiraan tetapi tidak bersedia berkongsi kesusahan dan duka pasangan kita, maknanya kita belum sesuai utk memikul tanggungjawab seorang suami atau isteri.
Seorang sahabat saya pernah berkata, "kak fauziah, saya tak boleh bayangkan macamana nak panggil emak orang lain sebagai emak...macamana nak panggil ayah orang lain sebagai ayah." dan sahabat saya ini selalu berkata, "I can live without man".
Bunyinya seperti seorang yg ego atau angkuh, tetapi bagi saya..kenyataan sahabat saya menunjukkan bahawa dia belum bersedia utk menerima org lain sebagai keluarganya. Tapi yg bagusnya, sahabat saya ini memang tidak peduli langsung dengan manusia bernama lelaki. Dan dia tidak mempermain2kan hati sesiapa. Soal istilah anak dara tua atau andartu, andalusia langsung tidak mengganggu dia. Kasih sayang dicurahkan sepenuhnya kepada ibubapanya, adik2nya dan anak2 saudaranya.
Berbalik kepada masalah cepat bosan dengan teman lelaki atau bakal suami, saya cuma boleh mencadangkan agar adik yg menghadapi masalah ini berfikir semasak2nya sebelum mengambil keputusan utk bernikah. Berfikirlah masak-masak sebelum memilih pasangan. jangan sampai terfikir atau berasa menyesal dengan pilihan yg dibuat. tak perlulah terburu-buru mencari pasangan jika fikiran masih belum cukup matang. Dan selalulah ingat, kalau kita menyakiti atau mempermain2kan hati si A hari ini, mungkin esok giliran kita pulak akan disakiti atau dipermainkan oleh orang lain.
Maaf, itu saja yg saya mampu katakan..sahabat2 lain mungkin boleh tolong memberikan nasihat kepada mereka yg mempunyai masalah seperti ini. Tapi please, saya mohon jangan dihentam atau dikutuk2....berilah nasihat atau kata2 yg baik. kalau tak boleh bercakap baik, diam itu adalah lebih baik.
- Blogger Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment