Kolony Rangakian Sosial SMS Terbaru Celcom



Korang perasan tak simbol ala-ala bio-hazard ni selalu keluar dekat tv?Bukan tv je,merata tempat aku nampak simbol ni.Dok cari gak apa kejadahnyaa la benda ni.

Cari punya cari,baru dapat info simbol ini diberi nama Kolony iaitu rangkaian sosial SMS terbaru yang diperkenalkan oleh Celcom.Buat masa sekarang,ianya hanya terbuka kepada pengguna Celcom sahaja

Statistik menunjukkan seramai 1.35 juta pengguna telah pun mendaftar dengan Kolony. Melaluinya, korang boleh berkomunikasi bersama rakan-rakan dengan hanya menghantarkan SMS sahaja.

Kolony memperkenalkan 4 fungsi iaitu :

1) Ding

untuk berkomunikasi satu persatu dengan rakan korang

2) Fren

Membolehkan korang meluaskan rangkaian Kolony korang serta dapatkan perkembangan terkini

3) Bomm

Membolehkan korang menyebarkan pembaharuan dan kehangatan kepada semua rakan

4) Popp

membolehkan korang berkongsi fikiran atau idea dengan rakan yang lain.

Selain itu,apa yang menariknya Kolony ialah ianya menggunakan sistem Koinz, dimana setiap pendaftaran baru akan mendapat 500 Koinz, yang mana berkemungkinan besar merupakan salah satu cara pembayaran untuk setiap SMS yang dihantar kepada Kolony. Setiap tambah-nilai juga turut mendapat Koinz, yang boleh digunakan untuk Kolony.

Info lanjut,layari website KOLONY

P/s : Aku masih setia dengan Maxis.hehe
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

2 comments:

  1. masih setia dengan maxis?
    sama lah kita! :)

    ReplyDelete
  2. yes..xberasa nk pakai yg len lg..
    give me 5 skit .ahaha

    ReplyDelete