Mengapakah Dunia Islam Berdiam Diri Krisis Libya?
10:51 PM
Info
,
Islam
,
Isu Semasa
,
Renungan
Dibawah ini adalah komen seorang hamba Allah yang dihantar ke email aku terhadap perkara yang sedang berlaku di Libya dan mugkin juga aku rasa dikebanyakkan negara Islam Lain di Dunia.
Beliau mengeluarkan kenyataannya sebagai berikut
Mengapakah dunia Islam berdiam diri?
Ketegangan di negara Libya tidak pernah terjadi dalam dunia sebelum ini. Seorang penjenayah dan tidak berakal telah membangunkan negara penindas selama 42 tahun dan membawa seluruh kelengkapan tenteranya untuk membunuh rakyat awamnya di samping memusnahkan negara sendiri. Anehnya dunia Islam berdiam diri menyaksikan jenayah kejam ini.
Apakah Al-Quran tidak mengarahkan memerangi kelompok yang bertindak zalim atas kumpulan yang lain dalam negara Islam? (Surah al-Hujurat, ayat 9)
Peperangan tidak diperlukan namun mengapakah pemimpin negara Islam, cendiakawan dan ahli politik berdiam diri? Mengapakah Pertubuhan Persidangan Islam menyepi? Mengapakah Liga Arab tidak memainkan peranan mereka?
Setidak-tidaknya negara Islam mampu mengiktiraf revolusioner secara rasmi manakala pemerintah Libya serta tali barutnya diakui sebagai penjenayah perang, kemudian mereka ini dihadapkan ke mahkamah antarabangsa.
Ini boleh memanaskan para revolusioner di samping memberitakan penjenayah Libya tidak mempunyai masa depan. Meskipun ia dapat memberikan kesan untuk menghadang jenayah, namun ia masih belum memadai.
Jelas sekali semua jenayah kejam tiada tandingan ini dilaksanakan ke seluruh kota-kota Libya dan orang awamnya dibunuh. Mustahil kerajaan ini dapat memerintah lagi di waktu mendatang, apakah mereka ingin mengiktiraf secara rasmi pemerintah seperti ini?
Umat Islam mengulangi hal yang sama di Yaman dan beberapa negara Islam yang lain. Jikalau pihak Barat kelihatan berpeluk tubuh bergembira menonton perkembangan yang memusnahkan dan membunuh negara Islam ketika menggulingkan kerajaan mereka, bagaimana pula halnya dengan umat Islam yang berdiam diri?
0 comments:
Post a Comment