Model Terbaru Perodua Bezza



Bukan Proton je akan keluarkan kereta baru,nah Perodua pun dah nak keluarkan model terbaru mereka iaitu Perodua Bezza.Aku suka design kereta ni.Agak2 berapa yer harga dia?hmmm



Artikel dari Berita Harian :

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) semalam memperkenalkan model prototaip, Bezza yang menggunakan enjin hijau yang sedang dibangunkan bagi kegunaan kenderaan keluarannya pada masa akan datang.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata reka bentuk Bezza dibangunkan sepenuhnya kakitangan PERODUA, manakala enjin hijau dimajukan di bawah Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau syarikat itu dengan kerjasama Daihatsu Motor Corporation, Jepun.

Beliau berkata, Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau PERODUA itu masih pada fasa pertama, bermatlamat menghasilkan enjin yang menggunakan Sistem Bahan Api Cecair Bebas Logam Berharga (PMLFC) iaitu yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Sistem PMLFC tidak menggunakan petrol atau diesel sebagai bahan bakar, sebaliknya bahan api alternatif yang tidak mengandungi logam berharga, sekali gus menjadikannya lebih mesra alam dan menjimatkan.

PERODUA berpendapat kos menghasilkan kenderaan elektrik atau hibrid sangat tinggi dan harganya juga mahal.

Kami membangunkan kaedah lain untuk menghasilkan kenderaan mesra alam bagi memastikan PERODUA turut menyumbang kepada teknologi mesra alam, katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan prototaip itu pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Aminar Rashid berkata, sejajar Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau itu, PERODUA akan memohon kerajaan menimbangkan insentif kepada syarikat automotif yang berupaya menghasilkan kenderaan mesra alam selain kenderaan elektrik atau hibrid.
Beliau berkata, insentif itu bukan saja menggalakkan lebih banyak syarikat automotif berusaha menghasilkan kenderaan mesra alam, tetapi dapat menarik pengeluar kereta kompak seperti PERODUA untuk turut sama membangunkan kenderaan sedemikian.

Pengeluar kenderaan kompak seperti PERODUA tidak menumpukan pembangunan kenderaan elektrik atau hibrid kerana kenderaan kami sememangnya menjimatkan dari segi penggunaan bahan api. Kami juga percaya masih ada ruang meningkatkan tahap kecekapan enjin pembakaran dalaman kami, katanya.

Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment