Suami Curang Di Facebook

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekelian..

Semalam saya mendapat tahu serta bukti bahawa suami saya sedang mabuk bercinta dengan isteri orang.Saya melihat buktinya di laman facebook dan juga archive yahoo messenger suami saya. Perempuan tersebut mengaku bahawa dia berstatus janda padahal saya telah siasat dia isteri orang.

Nak minta nasihat sahabat sekalian apa patut saya buat? patutkah saya dedahkan aktiviti mereka kepada suami beliau atau saya paparkan saja gambar serta aktiviti mereka di facebook ?


Ha itu antara petikan yang aku dapat melalui email dimana suami wanita ini telah menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang ( Curang!)

Dalam entry aku yang lepas,aku ada siarkan isteri curang difacebook.Boleh klik disini kalau belum baca.Tup2 hari ni buka email dapat plak info suami curang di facebook.Ish2 macam-macam betul!

tak tau nak nasihat macam mana dah sebab aku pun belum kahwin dan tiada pengalaman macam ni.Tapi kalau pengalaman putus cinta tu ada la.hehehe

Kalau korang ada nasihat yg berguna untuk wanita ini,boleh la tinggalkan komen.Nanti aku forward dekat dia.Kesian la plak.huhu!!!

P/s : Dunia sekarang ni memang adil.Lelaki & Wanita sudah tiada bezanya..
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment