Sejarah kota Makkah bermula dengan pendudukan puak Amaliqah, diikuti Jurhum dari Yaman. Keluarga Nabi Ibrahim iaitu anaknya Nabi Ismail telah berkahwin dengan suku Jurhum dan telah melahirkan golongan Musta’ribah. Selepas itu muncul Bani Khuzaah menguasai Makkah selama tiga kurun.
Penguasaan Qusay bin Kilab ke atas kota Makkah :
Selepas Bani Khuzaah menguasai Makkah selama tiga kurun muncul pula kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab dan muncul juga Bani Harith yang diketuai oleh Amru bin Luhai dan memperkenalkan agama penyembahan berhala di Makkah setelah terpengaruh dengan corak penyembahan kaum Balqa.
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bertanggungjawab memajukan kota Makkah dan semakin bertambah maju apabila adanya telaga air zam-zam dan telah didirikan kaabah. Baginda telah menyeru agar masyarakat Arab ketika itu menganut agama Allah dan mengerjakan haji. Dalam masa yang sama kedatangan Bani Khuzaah telah menjadikan Makkah sebagai pusat penyembahan berhala dan mempunyai 360 buah berhala sekitar kaabah. Amalan ini berterusan sehingga pentadbiran Qusay bin Kilab dan Nabi Muhammad s.a.w. setelah baginda menerima wahyu pada 610 M.
Pentadbiran Kaum Quraisy :
Corak pentadbiran yang diamalkan adalah kabilah semenjak penguasaan Bani Khuzaah untuk menarik ramai orang mengunjungi Makkah ketika itu seperti menyediakan makanan bagi orang yang mengerjakan haji, menguruskan kaabah dan menyediakan kemudahan para pedagang. Pemerintahan ini dikuasai oleh golongan bangsawan. Sebuah majlis telah ditubuhkan iaitu Majlis Syuyukh yang berperanan membuat peraturan dan menyelesaikan masalah politik, ekonomi dan sosial. Ia dianggotai oleh penyair, pemidato, panglima dan aristocrat.
Pemimpin kaum Quraisy :
Pemimpin kaum Quraisy diketuai oleh Qusay bin Kilab. Permulaan lokasi penempatan mereka adalah di Lembah al Bitah dan mahir dalam bidang ketententeraan serta bertindak mengawal kota Makkah dari sebarang ancaman musuh.
Penubuhan Darul Nadwah :
Qusay telah membina Darul Nadwah sebagai tempat perbincangan pemimpin-pemimpin kota Makkah, tempat sambutan majlis peristiwa-peristiwa bersejarah. Contohnya Abu Jahal pernah berbincang di Darul Nadwah bagi menentang Nabi Muhammad s.a.w. dari terus menyebarkan agama Islam.
Penubuhan Jabatan :
Qusay telah menubuhkan beberapa jabatan baru seperti Sadanah al-Bait untuk menguruskan kaabah, Majlis al-Siqayah untuk menguruskan air, al-Rifadah untuk menguruskan makanan, al-Liwa’, Unnah, Khazanah, Asynaq dan Hijabah. Jabatan ini masih diteruskan oleh anak cucu Qusay setelah Qusay meninggal dunia iaitu dari keluarga Abdul Manaf, Hashim dan Abdul Mutalib
Majlis Suku :
Majlis Suku atau Asyirah ditubuhkan untuk melicinkan urusan pentadbiran suku-suku dan struktur politiknya secara berkumpulan. Selain itu , ditubuhkan juga majlis eksekutif yang dianggotai orang-orang tua yang berumur 40 tahun ke atas.
Hubungan Diplomatik :
Hubungan diplomatic dijalankan bagi mengelakkan ancaman musuh. Contohnya pada masa pimpinan Abdul Manaf dan Hashim, Makkah telah menjalinkan hubungan dengan Negara jiran.
Pengisytiharan Tanah Haram :
Kawasan Tanah Haram telah diisytiharkan untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan kota Makkah. Diisytiharkan juga bulan-bulan yang diharamkan berperang seperti Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam untuk mengerjakan haji manakala Rejab pula untuk mengerjakan umrah. Ia dikenali sebagai al- Asyhurul Hurum.
Peraturan Adat dan Nenek Moyang :
Peraturan adat dan sunnah nenek moyang diamalkan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Setiap individu, suku dan kabilah terpelihara keselamatan mereka selagi menghormati kabilah masing-masing. Sebarang pencerobohan akan ditentang dan terdorong dengan semangat assabiyah.
Dasar pemerintahan sedemikian oleh kaum Quraisy menjadikan kabilah Quraisy sebagai kabilah yang disegani kerana berupaya mentadbir Makkah . Kota Makkah telah menjadi pusat ibadat, kebudayaan, perdagangan dan keamanan, maka ia telah digelar sebagai ‘ jantung hati Semenanjung Tanah Arab’
credit to : Fastnote
Sejarah Kota Makkah
10:35 PM
Info
,
Islam
,
Luar Negara
,
Sejarah
kalo yg psl sejarah islam,
ReplyDeleteksong je komen.
tp kalo entry sex...
rmai plak yg nk komen kn..