M.Rajoli Meninggal Dunia

Terlebih dahulu,takziah diucapkan kepada pelakon M.Rajoli yang telah kembali ke rahmatullah malam semalam.Terkejut dengan berita sedih ini.Terasa satu kehilangan besar dalam industri lakonan di Malaysia.Dibawah ini antara artikel yang aku petik dari Berita Harian

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, yang terlantar sakit lebih setahun lalu, meninggal dunia di Hospital Ampang, di sini jam 10.45 malam tadi akibat sesak nafas.

Turut berada di sisi ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya ialah isteri, Hashimah Md Din dan anak bongsunya, Muhd Arif.
Adik ipar M Rajoli, Mohlis Md Din, ketika mengesahkan berita itu berkata, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Datuk Keramat, di sini sebelum Zuhur hari ini.


Pelakon yang nama sebenarnya Mohd Rajoli Mohamed Zain itu menderita barah otak sejak tiga tahun lalu dan melarat hingga ke bahagian urat saraf, sekali gus lumpuh seluruh badan dan terpaksa menggunakan sistem bantuan pernafasan.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” kata Mohlis yang turut berada di hospital bersama sanak saudara.

Allahyarham terkenal dengan kebolehannya memegang pelbagai peranan dengan berkesan sama ada dalam drama atau filem me-nyebabkan peminat sentiasa senang dengan kemunculan pelakon kelahiran Kelantan itu.
Rajoli yang berasal dari Pasir Mas mula berlakon sejak 1964 menerusi Ibu Ayam arahan Allahyarham Salleh Ghani. Dalam filem itu, wataknya kecil saja sebagai penggesek biola.

Imejnya sebagai orang alim bermula apabila Allahyarham diberi peranan oleh Tan Sri Dr Jins Shamsuddin sebagai pembaca talkin dalam filem Esok Untuk Siapa (1985).

Perkahwinan M Rajoli dan Hashimah dikurniakan empat anak, Siti Dzaleha, Nur Muhammad, Siti Nazirah dan Muhd Arif dan tujuh cucu. Cucu terbaru pasangan itu dilahirkan 12 tengah hari semalam.

Allahyarham yang terkenal dengan sikap ranggi dan sporting kerana gemar menunggang motosikal berkua-sa tinggi turut meninggalkan seorang lagi isteri, Wan Chik Daud, bekas juruhebah dan pelakon veteran.


Berita Harian 18/09/2010

Antara Drama Dan Filem Lakonan M-Rajoli :

2009 - Lembing Awang Pulang Ke Dayang - (Pelakon Pembantu)
2009 - Skrip 7707 - (Pelakon Pembantu)
2008 - Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib - (Pelakon Pembantu)
2008 - Histeria - (Pelakon Pembantu)
2008 - Congkak - (Pelakon Utama)
2007 - Impak Maksima - (Pelakon Pembantu)
2007 - Cinta Yang Satu - (Pelakon Pembantu)
2006 - Misi 1511 - (Pelakon Pembantu)
2006 - Cicakman - (Pelakon Pembantu)
2006 - Diva Popular - (Pelakon Pembantu)
2006 - Man Laksa - (Pelakon Pembantu)
2006 - Persona Non Grata - (Pelakon Pembantu)
2006 - Main-Main Cinta - (Pelakon Pembantu)
2006 - Castello - (Pelakon Pembantu)
2005 - Lady Boss - (Pelakon Pembantu)
2005 - Cinta Fotokopi - (Pelakon Pembantu)
2004 - Bintang Hati - (Pelakon Pembantu)
2004 - Bisikan Remaja - (Pelakon Pembantu)
2003 - Lang Buana - (Artis Jemputan)
2003 - MX3 - (Pelakon Tambahan)
2003 - Mr. Cinderella 2 - (Pelakon Pembantu)
2003 - Diari Romeo - (Pelakon Pembantu)
2003 - Gila-gila Pengantin - (Pelakon Pembantu)
2002 - Mr. Cinderella - (Pelakon Pembantu)
2002 - Idola - (Pelakon Tambahan)
2000 - Anaknya Sazali - (Pelakon Utama)
1999 - Puteri Impian 2 - (Artis Jemputan)
1998 - Badai Mentera - (Pelakon Pembantu)
1993 - Perempuan,isteri dan.....? - (Pelakon Tambahan)
1989 - Awang Spanar - (Pelakon Pembantu)
1989 - Oh Fatimah - (Pelakon Pembantu)
1986 - Kembara Seniman Jalanan - (Pelakon Pembantu)
1986 - Bujang Lapok Kembali Daa - (Pelakon Pembantu)
1984 - Tujuh Biang Keladi - (Pelakon Tambahan)
1984 - Azura - (Pelakon Pembantu)
1983 - Darah Satria - (Pelakon Pembantu)
1983 - Mekanik - (Pelakon Pembantu)

~Al-Fatihah ~
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment