Awal Ashari & Tiz Zaqyah Kahwin
Ini dia wedding of the year Tiz Zaqyah & Awal .Sebenarnya,perkahwinan ini gimik semata mata.hehehe
Gambar ini dipetik sempena Cerekarama Aidiladha Korban Kasih Marlisa 28 Nov, jam 10.05 malam.
Sinopsis :
Marlisa merupakan ribuan wanita moden yang telah berjaya mencipta kejayaan tersendiri di dalam kerjayanya. Atas kredibiliti yang dimilikinya, ayahnya Datuk Ibrahim tidak teragak-agak menyerahkan tanggungjawab sebagai Pengurus Besar di Excellent Holdings Sdn. Bhd. yang menguruskan syarikat pembinaan. Atas kesibukan itulah Marlisa masih belum berkahwin.
Antara strategi syarikatnya adalah melatih eksekutif muda yag dinamik dan mempunyai potensi untuk berjaya. Antara eksekutif muda itu termasuklah Adam Rais antara mereka yang mempunyai potensi untuk membantu kejayaan Matrix Holdings. Adam merupakan seorang anak kampung yang mengkagumi kegigihan Marlisa.
Dia begitu berani mendekati Marlisa untuk belajar sesuatu yang boleh meningkatkan prestasinya. Hubungan mereka semakin rapat walaupun Marlisa cuba menindakkan perasaannya pada Adam. Adam akhirnya berani meluahkan rasa cintanya pada Marlisa. Marlisa terkejut dan mengingatkan jarak usia mereka yang terlalu ketara. Dalam pada itu, Sapiah, Ibu Adam merancang menjodohkannya dengan gadis kampungnya bernama Nuraina. Dia langsung tidak mengetahui Adam sedang bercinta dengan Marlisa.
Sapiah menerima kepulangan Adam dengan Marlisa dengan tenang walaupun dia tidak menyenangi hubungan itu apatah lagi untuk merestui perkahwinan mereka. Sapiah cuba melayan Marlisa dengan baik. Nuraina tidak sedikit pun cemburu malah menganggapnya secocok walaupun berbeza usia. Nuraina mudah mesra dengan Marlisa dan menganggpnya sebagai kakak. Namun, Sapiah tiada pilihan lain selain mahu Marlisa meninggalkan Adam dan mahu dia mengahwini Nuraina.
Adam terpaksa berkahwin dengan Nuraina walaupun dia masih menyintai Marlisa. Apakah yang terjadi kepada mereka bertiga?
Pelakon: Umie Aida, Awal Ashari, Tizz Zakiah, Arash Mohd, Fadhilah Mansor, Dato Rahim Razali, Aida Radzwill, Kismah Johar
cis..wat suspende jew..keke
ReplyDelete