Terkejut aku dapat tahu dari kawan dan juga terbaca dekat wall Facebook Aznil yang mengatakan Din beramboi telah pun kembali ke Rahmatullah tepat jam 12.30 A.M (jumaat 2 April).
Terdahulu,ada sedikit kontroversi dimana ada pihak yang mendakwa pelawak dan penyampai radio itu telah meninggal dunia sebagai gurauan sempena hari 'April fool' kelmarin (1 april)
Tetapi kita semua perlu sedar dan terima hakikat bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati.Perginya lagi seorang anak seni dan pelawak terkenal Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri menghadap Illahi pastinya mengejutkan semua rakyat Malaysia
Dekat bawah ni antara kata-kata terkahir Din Beramboi di Twitter beliau.naik seram aku baca.grrr..agaknya dia dah tahu yang malaikat maut sudah mahu menjemputnya.huhuhu
"Tanda2 ajal mula2 bahgian kaki berasa kebas2 kemudian bransur2 ke bhgian atas hingga ke nafas dan kluar selamanya.. Aku insaf!"
"Tak ramai yg dpt bertahan apabila di uji dgn kemewahan & ksenangan Yakni, kekayaan juga sebahagian ujian menuju kehancuran.. Hati2!"
Sebagai seorang yang beragama islam,marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Din Beramboi moga2 rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan soleh.Amin!
eh bro.. salah tulis tarikh ke ? 12.30 A.M (jumaat 2 April) ??
ReplyDeletesalah kt mana? 12.30 a.m pagi kan? ke aku yg silap?hmm
ReplyDelete