Gambar Sharifah Sofia Pegang Anjing

Aku hairan juga dengan minah sorang ni.Walaupun umum semua tau dia ni berdarah kacuk (mix),dan juga agama yang dianutianya ISLAM.Tetapi,apesal aku tengok dia macam bangga saja pegang anjing??? (kalau anjing tu comel tak pa gak)hehe..

Aku ada terbaca satu artikel ni (tak ingat dah dekat mana)tidak berdosa jika kita bergambar sambil berpeluk-pelukan dengan anjing dan babi. Tetapi apa yang perlu kita lakukan adalah kena samak sebab ia tergolong dalam najis berat.

Baru-baru ni pun ada timbul kes seorang pelajar malaysia yang slumber badaknya memegang anjing dan babi.Ramai juga yang hentam minah tu.Kesian pun ada.huhuhu..adakah cik Sofia kita ni pun nak ikut jejak pelajar tu dikutuk dan dipandang sinis?




Artikel aku ni bukan nak malukan Sofia,tetapi awak kena ingat sebagai orang melayu (walaupun awak tu mix) dan bergama islam,adalah tidak bagus kalau kita bangga dan nak menunjuk-nunjuk dekat umum "wahai peminat aku semua,layanlah gambar aku telah bergambar dengan anjing."

Kalau yer pun nak bergambar atau peluk anjing tu pun,tak payah la nak upload dekat internet.Simpan baik2 dalam laptop awak tu.Kang tak pasal2 jadi bahan kutukan diinternet.huhuhu

Kalau Sofia ada baca artikel ni,minta maaf kalau artikel ni terlalu melampau atau menyakitkan hati awak.Ingatlah pesan orang dulu-dulu "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak"
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

14 comments:

  1. Maaf kalau komen ini kurang menyenangkan hati pembaca, tapi saya kurang bersetuju jika tulisan sebegini boleh menyebabkan salah tanggapan terhadap 'attitude' seseorang.

    Saya sendiri kurang senang bila berdepan dengan anjing sebab dirasakan sangat leceh bila nak membersihkan diri. Tapi, stereotaip masyarakat kita, terutamanya Melayu, melihat seolah-olah anjing ini HARAM pulak bila disentuh.

    Sedang kita melaungkan permintaan supaya dibuka minda untuk menerima perubahan, ada banyak lagi perkara pokok yang kita masih belum berjaya buka.

    Saya terpanggil untuk bertanya soalan ini "kenapa orang yang melihat perihal sebegini tak mahu mengembek atau menguak?" Bayangkan anda yang masuk ke kandang kambing dan kandang kerbau orang lain...

    As I said before, sorry if my comment seems to be offensive =) I meant no harm, just sharing my 2 cents' worth!

    ReplyDelete
  2. salamm..rasenyer first time aku komen kat sini..dah lama aku link ko nye blog sbb memang aku sume bc2 sume post yg ko post laa hekhek....

    emm berbalik tuk kes nih..aku setuju ngan pendpt ko...sbb perkara nih amat sensetif dlm islam, lebih senang kalo kiite lihat dr konteks adat org melayu..

    seperti yg dikatakan oleh pengomen yg first makiko..ini bukan 'dianggap jijik'..ini adalah syariat...bile sebut syariat ialah pasti sbb itu hukum yg Allah turun..jadi jgn ty kenapa..itu urusan allah..bila telah terbukti di dlm dalil, ianya haram...ia tetap haram..kite sbg hamba tak leh nak kate halal...kecuali atas sebb darurat..

    dlm kes yg diutarakan nih..betul jgk..kalo nak berbangger nak bergmbar dgn anjing simpan sendiri2 andai kate benar die ada pendpt sendiri tentang nak pegg2 yg haram nih....sbb kite kena tgk dr sudut uruf...hemm kalo nak story mcm panjng laa plak..

    ok lahh setakat nih dulu..kalo de per2 yg tersilap, harap di maafi, sbb di skdr pendpt...

    ReplyDelete
  3. makiko : thank for ur comment.setiap orang mempunyai pendapat lain2.i paham apa yang anda cuba maksudkan disini :)

    Farha : hehe..tak sangka ada juga yang support artikel ni..oleh itu,blog anda akan dilink di blog ini.thank!

    ReplyDelete
  4. senang je mana yg lebih haram dari memegang anjing atau membenarkan penjualan arak yang berleluasa dan dihalalkan berjudi syariat yang tu bleh ke di terima fikir-fikirkan

    ReplyDelete
  5. ISLAM DAH BG TUNJUK AJAR...AMAL JE LA....XPAYAH NAK MODENKAN HUKUM

    xpakai tudung tp dok ngaku islam pun dah jelas....so xpayah la hairan dengan main ngan anjing...itu yg kita nampak...yg xnampak Allah ja tahu....sama la kes org Islam minum arak..."alah xpe, 40 hari t solat la..."....

    ReplyDelete
  6. Surah Yunus:59 "Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi (kepada mereka): Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Kelakar sungguh bila manusia bising tentang seorang pelakon perempuan bermesra dan menyentuh anjing.

    Aku hairan bila media yang dok promosi maksiat, blog yang dok promosi kisah-kisah artis ni pun sibuk juga jadi bagus kutuk kerana katanya tak patut orang Islam sentuh anjing.

    Uhuk..Uhuk... Kelakarle beb. Waktu minah tu berlakon, peluk jantan sana sini, kenapa kalian tak balun kaw-kaw punya. Alah, blog kalian tu promosi maksiat yang lagi jelas haramnya daripada hukum haram sentuh anjing.

    Cakap serupa bikinlah beb! Jangan rasa bagus sangat. Aku teringat kata seorang tokoh Melayu bahawa Melayu ni jijik kat Babi bukan sebab Islam, tapi sebab dah dari kecil diajar jijik dengan babi.

    Samalah dengan anjing, orang Melayu ni jijik dengan anjing bukan sebab Islam, tapi sebab mak bapak sejak kecil dah ajar benda tu jijik. Tak percaya? Kalau betul jijik dekat anjing sebab Islam, dah pasti mereka ni lagi jijik dan sensitif dengan orang yang dok peluk-peluk dengan bukan mahram, sudah pasti mereka lagi sensitif dengan haram-haram yang lebih jelas seperti menyiarkan gambar-gambar tak tutup aurat dalam blog masing-masing.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  8. salam..pd abu usamah..
    saya xberniat nk menyinggung awk atau ape2..tp saya nak ty..bt0l ke wktu minah tue peluk2 jantan mse berlakon die xdikutuk? spe kte?? adew yg menegur sbnrnya..awk yg xtaw agaknyew..lg stu,jgn slhkn pemilik blog ni..niatnyew nk mmberi peringatan pd yg len bnda ini salah!! jgn difitnah org yg cbe berbuat baek..awak msti tahu hukum menfitnah org len kn?? gmbr pon nmpk awk ni mcm org alim..so u should n0e better bout diz.. saya x setuju awak kte org islam jijik dgn anjing sbb diajar dri kecik bkn sebab islam..alahai..kua statement pk la lu..pk2 mmg bt0l kite jijik sbb kite diajar dri kecik tp knape diajar bnde mcm tue?? sbb islam da terang2 kte bnde tue mmg haram!! so logikla perlu diajar mcm tue..xkn la nk ajar anak2 ske anjing pulak???? mintak mf klu saya kasar..tp saya berpendapat en.abu usamah ni tidak memberi pandangan serta k0men dgn cara yg bet0l.. saya pon patot ckp kt awak..jgnla rse bgus sgt sbb pakai serban ats kepala..wallahualam..

    ReplyDelete
  9. ikut mazhab al-Syafi`iy dan Hanbali, seluruh anjing adalah najis.

    Sedang kan mazhab Maliki berpendapat bahawa mulut, lidah dan air liur anjing bukanlah najis.

    Mazhab Hanafi berada dipertengahan, di mana mereka berpendapat anjing bukan najis, namun mulut, lidah dan air liurnya adalah najis.



    ITU Pendapat ulama-ulama yang terkenal, salah satunya adalah Syaikh Yusuf al-Qaradhawi. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi berkata:

    “Sedangkan saya sendiri (al-Qaradhawi) cenderung pada pendapat Imam Malik bahwa semua yang hidup adalah suci.

    Demikianlah juga dengan anjing. Dalam zatnya anjing itu suci.

    sebab itulah, dibolehkan bagi kita untuk memakan hasil buruan anjing pemburu tanpa perlu disamak. Sedangkan anjing memburu sudah pasti menggunakan giginya untuk menggigit. Dan sudah tentu terkena air liurnya.

    Dan perintah Nabi untuk mencuci apa yang dijilat anjing adalah sesuatu yang bersifat mentaati perintah nabi.

    Rasulullah S.A.W yang menyuruh kita mencuci jilatan anjing. Kita mencucinya bukan kerana ia najis tetapi kerana taat kepada perintah Rasulullah S.A.W.

    Lalu bagaimana cara mencucinya?

    Pendapat pertengahan yang mendekati hadis-hadis Rasulullah S.A.W ialah mencuci jilatan anjing dengan tujuh kali basuhan diawali dengan campuran tanah. Akan tetapi jika tidak ditemui tanah, atau pada saat itu tidak sesuai menggunakan tanah, maka dibolehkan menggunakan sabun atau apa saja yang sifatnya menyucikan.

    Ini kerana mencuci jilatan anjing termasuk dalam bab ketaatan kepada perintah syari`at, dan ketaatan ini berdasarkan kemampuan setiap individu berdasarkan kemudahan dan kesusahan yang dihadapinya.

    Jika menghadapi kesusahan untuk mengikutinya maka syari`at memberi kelonggaran sekadar yang perlu sahaja.

    anjing boleh dipelihara ?

    Boleh! Tapi hanya untuk beberapa keperluan sahaja yaitu sebagai anjing penjaga rumah, anjing pemburu, dan anjing penunjuk jalan (untuk orang buta misalnya). Sedangkan untuk dipelihara dalam rumah, Nabi SAW tidak menggalakkannya, ingat, tidak digalakkan, bukan diharamkan.

    mengikut Mazhab Maliki setengahnya berpendapat hukumnya makruh, manakala sesetengahnya pula perpendapat hukumnya harus sahaja. Walaupun lain dari tujuan yang diatas, contohnya saja-saja nak bela, dan sebagainya.

    Ini ialah perbezaan pendapat Imam-Imam besar. Dan Islam membenarkan perbezaan pendapat. Bahkan Imam-Imam ini sangat menghormati perbezaan diantara satu sama lain. Terpulang kepada keyakinan masing-masing untuk mengikut yang mana.

    Kalau tak ikut pun bukan satu kesalahan. Kerana Nabi Muhammad tidak pernah menyuruh kita mengikut mana-mana mazhab.

    Masaalahnya ialah kebanyakan Melayu Malaysia. Saya sebut melayu disini kerana sebagai muslim kita tak sepatutnya berfikir begitu.

    Sudahlah, anjing tu makhluk Allah juga, imam2 besar saling menghormati pendapat satu sama lain, apalah yg lebihnya kita sampai tergamak menghina orang lain hanya sebab bermain dengan anjing.

    Anjing tak kan dihumban keneraka kerana kerana statusnya, tapi kita yang banyak melakukan dosa ni belum tau neraka mana bakal diletakkan. Bermakna Anjing lebih baik dari kita2 yang menghinanya.

    Nabi pun tak pernah memandang hina anjing. Malahan disuruh layan dengan baik selayaknya sebagai makhluk Allah juga.

    Tolonglah, Penghinaan akan menyebabkan non muslim menggangap Islam agama jahat. Padahal sebenarnya bukan begitu.

    Kata orang, Berfikir sebelum berkata, belajar kalau tak tahu. Dulu saya pun marah sebab saya tak tahu.

    Kesimpulannya apa yang sofia buat tak salah, dia ikut keyakinan dia, dan kita tak boleh memaksa orang lain mengikut apa yang kita yakin selagi apa yang dia buat sebenar nya bukan satu kesalahan.

    Tolak ketepi soal sentimen, sensitiviti dan sebagainya. Itu tak membantu menaikkan imej Islam.

    Ulama2 dulu sudah membahaskan hal ini, dan kita orang awam ni ikut je mana2 yang kita yakin.

    Ingat, yang penting itu bukan satu kesalahan atau dosa. Atau sesuatu yang dilarang oleh ugama.

    Terimakasih.

    ReplyDelete
  10. Yg terang2 haram dan berdosa dlm gambar tu pic sofia tak tutup aurat. Tapi tak kecoh pulak.

    Tang pegang anjing memang tak salah, tak dosa dan tak haram pulak kamu nak kecoh.

    Apa pun respek sofia sebab menyayangi haiwan, lebih baik dari sesetengah org melayu yang mengaku islam, tutup aurat tapi memandang hina anjing. Macam lah kamu tu suci sangat. Entah neraka mana tempat kamu, ada kamu fikir.

    Anjing tu ada nilainya disisi islam. Belajar dulu bagi habis sebelum mengutuk mengata orang. Kalau tak tahu tanya yang tahu.

    Baru dua hari lepas Mufti Wilayah ckp mungkin sofia memakai mazhab Maliki. Sebab ikut Imam malik anjing bukan najis termasuk air liurnya.

    Kalau bukan pun, benda ni tak patut dibesar2kan. Sebab bkn kesalahan dari segi hukum.

    Kesian aku tengok kebodohan tuan blog sampah ni, dan tukang2 komen yang jahil pasal anjing ni.

    ReplyDelete
  11. Sedangkan seorang pelacur dimasukkan syurga oleh Allah kerana memberi minum kepada seekor anjing..cuba berfikir kenapa Allah memberikan kurniaan terhadap wanita tersebut...jika sebegitu hina atau jijiknya seekor anjing itu...

    Dan cuba bayangkan anda memyebarkan cerita sebegini.hanya kerana dia memegang seekor anjing...

    Dan petikan ini " Kalau yer pun nak bergambar atau peluk anjing tu pun,tak payah la nak upload dekat internet.Simpan baik2 dalam laptop awak tu.Kang tak pasal2 jadi bahan kutukan diinternet.huhuhu"

    Disini saya ingin bertanya,sofea atau anda sendiri yg menolong menunjuk2 gambar ini dekat umum..dan bukankah setiap gambar peribadi mempunyai hak milik..anda mengupload gambar disini adakah dicuri dari pihak yg tak bertanggungjwp atau telah mendapat kebenaran penuh dari tuan punya badan didalam gambar tersebut..kalau jawapannya ya...maafkan saya kerana bertanya..
    Bukan semakin bertambah ke kutukan diinternet utk beliau apabila anda mengupload gambar tersebut disini?fikir2 kanlah..

    Siapalah kita untuk mengadili umat Allah yang lain sekiranya kita juga akan diadili ditempat yang sama..kaji dahulu sebelum berkata wahai saudara...Saya juga masih kurang ilmu didada...tapi masih lagi malu untuk berkata apabila ada hadis nabi yang menerangkan perihal anjing dgn manusia...

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  12. nth la ntah2 tu mmg binatang peliharaan die kot.. tp klu ye pon bela binatang lain macam x taw plk bnde tu haram tok org islam plk

    ReplyDelete
  13. nth la ntah2 tu mmg binatang peliharaan die kot.. tp klu ye pon bela binatang lain macam x taw plk bnde tu haram tok org islam plk

    ReplyDelete
  14. larat ke kite nak "samak" slps kite dah "puas" main anjing2 ni..? agak2nya, mampukah kita nk ambil wuduk utk bersembahyang pula slps kite bermain td... jgn la kite mencari susah utk membuat perkara yg sia2... bukan kite perlu membenci binantang2 yg haram ini tp berpada2 la mengambil tindakan.... sedangkan Nabi Muhammad s.a.w menyayangi kucing sbg binatang kesayangan Baginda.. kenape kite nk memelihara binantang haram ini.. tp, jgn la kite mendera atau membenci binatang2 yg haram ini... semua nya ciptaan Yang Maha Kuasa .... renung2kanlah...

    ReplyDelete