Kes Saiful Diliwat Anwar Ibrahim


Actually,aku memang malas nak ulas pasal cerita Anwar Ibrahim dan Saiful ni sebab aku tak pasti yang mana betul yang mana salah.

Tapi,aku terniat nak post artikel pasal kes ni selepas aku baca paper Kosmo! bertajuk "Seluar dalam Saiful ditayang di mahkamah."Rasa geli dan nak guling2 pun ada.hohohoho


KUALA LUMPUR - Orang awam yang memenuhi Mahkamah Tinggi di sini semalam tersenyum simpul apabila Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengemukakan kepada mahkamah sehelai seluar panjang berwarna hitam pemberian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa dipakai ketika berlaku kejadian liwat terhadapnya di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Dua helai seluar dalam jenama Levi's milik Mohd. Saiful, 25, dengan satu daripadanya turut dipakai pada hari kejadian juga ditunjukkan kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah sebagai bahan bukti kes.

Lebih lucu lagi, saksi itu mendakwa, dia tidak membuang air besar selama dua hari iaitu sejak dia diliwat oleh Anwar sehinggalah laporan polis dibuat pada 28 Jun 2008.

Demikian antara isi keterangan bekas pembantu peribadi Anwar selaku saksi pertama pendakwaan pada hari ketiga perbicaraan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah atas dakwaan meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.


Itulah antara serba sedikit artikel yang aku petik dekat paper Kosmo! bertarikh 6/2/2010.kalau korang nak baca artikel penuh boleh click dekat sini

P/s : Rasa2 korang,siapa benar dalam kes ni?aku yakin Anwar Ibrahim TAK BERSALAH!sorry la kalau korang tak setuju dengan statement aku.Naluri aku kuat mengatakan Anwar Ibrahim dijalan benar dan Saiful dijalan SALAH!
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

3 comments:

  1. Yup! I'm with you. Skrip Saiful pun cam lawak je..

    ReplyDelete
  2. Mr J : i follow u..hehe

    faethal : itu la pasal..diorang buat cerita ja ni..huhuh

    ReplyDelete