(Pelik)Buah Kesusu



Buah Kesusu atau nama saintifiknya Prainea limpato merupakan sejenis buah yang dianggap unik kerana mempunyai rupa bentuk yang tidak seperti buah-buahan yang lain. Buah ini dikatakan berasal dari Borneo, namun menurut rujukan ia juga dipercayai terdapat di Semenanjung Malaysia. Selain nama kesusu, nama lain yang digunakan ialah seperti Buruni, Ematak, dan Karon.


Gambar di atas merupakan peringkat di mana buah yang masih putik memenuhi setiap ranting pokok. Benjolan akan mula keluar sedikit demi sedikit pada buah yang putik sehingga lengkap sepenuhnya menyerupai buah sebenar.



Buah yang telah masak akan bertukar warna oren hijauan. Cara nak makan buah ini ialah dengan memulas benjol tersebut dan terus masuk ke dalam rongga mulut. Lidah anda akan merasai sedikit masam dan kadangkala sedikit manis.

Korang semua pernah lihat ke buah ini? Di mana ? Bila ?

sumber : http://fazlisyam.com
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment