Memahirkan diri dalam perbualan Bahasa Inggeris
Kaedah Permulaan Perbualan
Dengan menggunakan kaedah permulaan perbualan ini,korang sebenarnya belajar cara-cara untuk memulakan sesuatu perbualan itu berdasarkan tujuan perbualan itu. Hal ini amat berkesan dan amat efektif kerana korang cuma belajar teknik untuk memulakan perbualan sahaja dan kemudian menamatkan perbualan itu mengikut kesesuaian situasi.
Menolak permintaan atau pelawaan
Kadang-kadang korang berada dalam situasi korang perlu menolak sesuatu pelawaan atau apabila terpaksa menolak permintaan pertolongan daripada orang lain. Jika korang sekadar berkata ‘No’, maka bunyinya agak kasar dan biadab. Berikut adalah beberapa contoh permulaan perbualan untuk korang menolak sesuatu pelawaan atau permintaan dengan baik:
I’m afraid I can’t…
Saya rasa saya tak boleh…
I’m sorry, but I really…
Maafkan saya, saya memang…
Maafkan saya, saya betul-betul…
Thank you for the offer, but I need/have…
Terima kasih atas pelawaan/tawaran itu, tapi saya kena/ terpaksa…
Sorry, but I don’t particularly like
Maaf, tapi saya tak berapa suka/gemar…
I’d really/rather not
Kalau boleh, saya tak nak/mahu…
Thank you, but it’s not my idea of…
Terima kasih, tapi perkara ini bukan idea yang baik untuk…
Sorry, I’m not really fond of
Maaf, tapi saya tak gemar/tak berapa suka…
That’s very kind of you, but I really have to
Baik hati betul awak ni, tapi saya memang/terpaksa…
Lebih sopan untuk korang menyebut thank you atau sorry sebelum menolak sesuatu pelawaan atau permintaan. Jangan mulakan ayat korang dengan 'No' kerana perkara ini dianggap biadab dan tidak berhemah.
Contoh pembinaan ayat
1. I’m afraid I can’t join you for lunch today. I have some urgent work to complete.
Saya rasa saya tak boleh sertai awak untuk makan tengah hari. Saya ada kerja penting yang perlu disiapkan.
2. I’m sorry, but I really am busy right now.
Maafkan saya, saya memang sibuk sekarang ini.
Maafkan saya, saya betul-betul sibuk sekarang ini.
3. Thank you for the offer, but I need/have to go home early.
Terima kasih atas pelawaan/tawaran itu, tapi saya kena/terpaksa balik awal hari ini.
4. Sorry, but I don’t particularly like watching wrestling.
Maaf, tapi saya tak berapa suka/gemar menonton gusti.
5. I’d really/rather not go shopping today. I am very tired after the game.
Kalau boleh, saya tak nak/mahu membeli-belah hari ini. Saya amat letih selepas permainan itu.
6. Thank you, but it’s not my idea of resting.
Terima kasih, tapi bukan idea yang baik untuk berehat.
7. Sorry, I’m not really fond of camping.
Maaf, tapi saya tak gemar/tak berapa suka berkhemah.
8. That’s very kind of you, but I really have to decline your offer.
Baik hati betul awak ni, tapi saya terpaksa menolak permintaan awak.
Cara ini , macam kita belajar di sekolah dahulu..dah hampir 10-15 tahun kita belajar cara yang sama, kenapa tak pandai2 lagi berbahasa inggeris???..Dapatkan Ebook mahirbahasainggeris.com
ReplyDeleteSaya jamin anda akan dapat rasai kelainan semasa belajar bahasa kedua negara kita ini. Secara semulajadi dan otomatik!!!
mahirbahasainggeris.com