Macam Mana Nak Buat Blog

Malam ni aku nak bagi tutorial sikit macam mana nak buat blog dengan menggunakan platform Blogger.com (Blogspot).Selain Blogger.com,Wordpress.com juga merupakan satu lagi platform yang popular untuk buat blog.

Kepada yang baru nak berjinak jinak untuk menghasilkan sebuah blog,korang kena fokus betul-betul dengan tutorial ini.Artikel ini sangat ringkas dan hanya memerlukan beberapa step sahaja untuk ada blog!

Step 1 :



1)Pergi ke laman web http://www.blogger.com
2)Seterusnya,korang akan dapat lihat seperti gambarajah diatas.
3)Klik CREATE A BLOG (lihat digambarajah diatas)


Step 2 :



1)Masukkan Email Address (pastikan email korang itu wujud)
2)Ulang Email address sekali lagi
3)Masukkan Password korang
4)Ulang sekali lagi password yang dimasukkan tadi diruangan Retype Password
5)Masukkan nama korang di ruangan Display name
6)Jika korang bersetuju untuk menerima info dari blogger,korang boleh tick diruangan Email notifications (lihat gambarajah diatas)
7)Diruangan Word Verification,sila masukkan perkataan yang diberi
8)Diruangan Acceptance of Terms,pastikan tick checkbox I accept the Terms of Service
9)Seterusnya,klik CONTINUE


Step 3 :


1)Masukkan tajuk blog korang diruangan Blog title.contohnya "Macam Macam Ada" atau sebagainya
2)Seterusnya,masukkan alamat blog korang diruangan Blog address (URL).Contohnya "blogsaya" atau sebagainya
3)Klik CONTINUE

Step 4 :


1)Seterusnya,korang akan dibawah ke page Choose a template (lihat gambarajah diatas)
2)Korang mempunyai 12 pilihan template untuk diguna pakai.Jika korang tidak suka dengan template yang diberikan,boleh download di sini
3)Selepas berpuas hati dengan template yang dipilih,klik CONTINUE

Step 5 :


1)Akhir sekali,korang akan dibawah ke page Your blog has been created! (lihat gambarajah diatas)
2)Ini bermaksud korang sudah berjaya menghasilkan sebuah blog!
3)Langkah seterusnya,klik pada START BLOGGING untuk post artikel.

Sekian tutorial ringkas buat blog dengan menggunakan Blogger.com. Jika ada masalah,jangan malu dan segan untuk tinggalkan komen.Jumpa lagi pada tutorial seterusnya!

Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment