Kisah Disebalik Kemalangan
Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat di Email aku.Mari sama2 kita baca dan ambil iktibar dari kejadian yang diceritakan
"Saya terlibat dalam satu kemalangan di Padang jawa, Shah Alam pada waktu malam 26 Dis 2009. Kereta rosak teruk dan tidak boleh dipandu dari tempat kejadian. Saya seorang diri ketika itu manakala kereta sebuah lagi ada beberapa orang di dalamnya.
Ketika saya masih berada di dalam kereta yang telah terpusing di tengah2 jalan, ada penumpang kereta satu lagi yang datang memukul-mukul cermin depan kereta saya yang tidak pecah. Mereka kelihatan marah pada saya.
Beberapa minit selepas berlakunya kemalangan itu, kaki-kaki tarik kereta dan sebuah kereta peronda dengan siren berbunyi kuat tiba.
Kereta peronda itu parking tidak jauh dari kereta satu lagi yang tersadai di tepi jalan dan anggota polis keluar. Seorang menjaga lalu lintas yang tidak terhalang pun manakala seorang lagi meminta lesen dan IC saya.
Ada antara penumpang atau rakan-rakan dari kereta satu lagi yang menarik tangan saya dan cuba memukul saya di depan anggota polis yang bersandar pada belakang kereta peronda Waja. Anggota polis itu hanya memerhatikan sahaja tanpa berbuat apa-apa. Nasib baik ada sekumpulan lelaki india yang berhenti di situ yang menahan mereka yang cuba memukul saya.
Kaki-kaki tarik kereta mula mengerumuni saya dan cuba menekan saya untuk mengambil khidmat tow-truck dan bengkel mereka. Saya menolak kerana tidak mahu bergaduh dan saya tahu peraturan-peraturan untuk claim insuran.
Kemudiannya sebuah lagi kereta peronda tiba dan juga turut menjadi penonton di situ. Tidak lama kemudian seorang anggota polis berjaket trafik tiba dan parking motorsikal kapcainya di atas divider-line jalan dan turut menjadi penonton.
Ketika itu saya lihat kaki-kaki tarik kereta dan orang yang menonton mula mebuka kereta saya saya ada banyak barang-barang jualan produk kesihatan. saya memberitahu polis trafik berkenaan perkara tersebut tetapi dia kata: "Kamu jagalah barang kamu". Tiada tindakan yang dia ambil. Saya pun kunci kereta dengan remote-control.
Kemudian polis trafik mengarahkan kereta saya ditolak ke tepi ke tempat orang-orang yang hendak memukul saya tadi masih berada. Untuk itu pintu kereta dibuka dan kaki-kaki tarik kereta tolaknya ke tepi. Kaki-kaki tarik kereta dan polis trafik bertanya saya barang apa ada di dalam kereta. Nampaknya mereka seperti sangat berminat dengan isi kereta saya. Saya tidak faham mengapa penting untuk polis itu tahu apa barang-barang tersebut. Ada orang yang mula mengambil kesempatan mencuri barang-barang saya dalam kereta sewaktu kereta ditolak dan ketika kereta berada di sebelah kereta satu lagi. Saya tegur yang mana nampak tetapi barang-barang saya telah tinggal sedikit.
Apa yang dikesalkan ialah anggota polis hanya memerhatikan sahaja seolah-olah tiada kesalahan di situ. Orang yang ada di situ bebas mengerumuni kereta yang teribat, membuka dan mengambil barang-barang di dalamnya.
Kemudian kereta peronda dan polis trafik meninggalkan tempat kejadian. Bila kereta saya telah ditarik sampai di depan Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam, saya dapati barang-barang bernilai lebih RM2,000 telah hilang.
Saya amat tidak berpuas-hati dengan sikap anggota polis yang membiarkan orang yang tidak berkenaan mengerumuni, membuka dan mengambil barang-barang dari kereta saya. Mereka hanya membutakan mata dan tidak berbuat apa-apa walaupun saya telah beritahu mereka tentang perbuatan orang di situ.
Mengapa polis tidak memastikan orang ramai dan kaki tarik kereta tidak menghampiri dan menyentuh kereta yang terlibat walaupun saya telah beritahu mereka orang ramai membuka kereta saya? Apakah guna polis berada ditempat kejadian jika tidak berbuat apa-apa untuk memastikan keselamatan orang ramai dan harta-benda orang yang terlibat dalam kemalangan tersebut? Mengapa polis dan kaki-kaki tarik kereta beria-ia bertanya tentang barang-barang saya dalam kereta?
Saya ingin bertanya pendapat anda semua dan adakah antara anda semua yang mengalami perkara yang sama. Pernahkah anda kehilangan barang-barang berharga kerana orang ramai dibiarkan mengambil barang dari kereta anda di tempat kemalangan? Pernahkah anda alami anggota polis tidak berbuat apa-apa untuk menjaga keselamatan diri anda dan harta-benda anda di situ? Adakah mereka tidak tahu buat kerja mereka atau bukan tugas mereka untuk menjaga keselamatan diri dan harta orang yang kemalangan?
Apa patut saya buat? Saya kerugian banyak barang-barang produk kesihatan yang mahal. Bayangkan apa terjadi jika tuanpunya kereta cedera, tidak sedar, telah dihantar ke hospital atau tiada siapa wakilnya di tempat kejadian. Bagaimana jika ini terjadi pada anda atau keluarga anda?"
P/s: Kadang2 aku pun agak tak puas hati dengan Polis ni.Sebagai contoh kereta kawan aku hilang baru baru ini.Ada ka patut orang nak buat report boleh plak geng2 polis tu buat tatau and macam tak ada kes.Siap kawan aku tuh kena sound lagi.Memang cilaka la polis ##$@$@!
memang gitu laa perangai polis..bile kite tanya sekali dia buat tak tau..bile kite tanya 2 kali..dia sound kite kuat2..tapi tak laa sume polis gitu..ape2 pom polis patut sentiasa membantu orang yg memerlukan pertolongan nya..jangan laa buat sambil lewa..
ReplyDeleteyerla..mmg btol tu..kadang2 naik menyampah dengan perangai polis..huh~
ReplyDeleteSlm... Aku skong!! Aku sndri prnh t'lbt accident. Peliknyer, bkn aku slh...malah bukti cukup jelas bkn aku slh!! Cuma, hnya krn aku pandu MPV, kte 1 lg tu VIVA....POLIS TUNGGOL tu ttap kata aku slh!! Dah tu, bahasa...Ya Rabbii.... bayeeeeek punya!!! Itu minah sial VIVA lps!! Aku yg jantan ni kna saman!!!
ReplyDeletepolis kalau pompuan ckup kuat backup.mcm ****
ReplyDelete