Keputusan Penuh Juara AJL24


Debaran siapakah finalis Anugerah Juara Lagu yang ke-24 terjawab sudah apabila Aizat diumumkan sebagai juara yang disiarkan secara langsung di TV3 sebentar tadi.

Aizat yang mempertaruhkan lagu Pergi telah berjaya membawa pulang wang bernilai RM35,000 + Trofi.Selain berjaya bergelar juara,dia juga memenangi persembahan terbaik dan membawa pulang wang bernilai RM 10,000 + Trofi menerusi lagu Kau Dan Aku.


Tempat kedua telah berjaya dimenangi oleh Yuna melalui lagu Dan Sebenarnya (hadiah wang tunai RM25,000 + Trofi)dan tempat ketiga oleh Faizal Tahir melalui lagi Becinta (hadiah wang tunai 15,000+ Trofi).

Selain itu,artis yang baru saja lahir dari program realiti Mentor,Black, telah berjaya memengangi Vokal Terbaik menerusi lagu Aku Rindu Sayang Kamu dan membawa pulang wang berjumlah RM10,000+ Trofi

Kepada yang tak berjaya tu,diharapkan bersabarlah yer terima kenyataan.Biasalah adat menang kalah dalam permainan.

Tahniah buat Aizat dan tahniah juga buat finalis AJL24.Tahun depan sapa pulak nak menang ni?kita tunggu dan lihat..
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

1 comments:

  1. ya tahniah

    nanged u. Allah for Islam only? Nang and read this if u r Malaysian… tq

    ReplyDelete