Datuk Nizar Kemalangan



IPOH: “Sebuah kereta Volvo tiba-tiba memasuki laluan saya dari simpang kiri jalan ketika saya sedang menuruni jejambat itu.

“Saya cuba mengelak kereta berkenaan dan melanggar pembahagi jalan sebelum kereta saya terbalik,” kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang terbabit kemalangan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah di sini, pagi semalam.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, beliau dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam menuju ke sebuah klinik gigi di Jalan Sultan Idris Shah.


“Saya berjaya keluar dari kereta dan meminta bantuan orang awam yang menghantar saya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Kejadian berlaku begitu pantas dan saya masih terkejut. Namun, saya bersyukur kerana hanya cedera ringan,” katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan HRPB di sini, semalam.

Mohammad Nizar luka di siku dan menerima satu jahitan dan akibat terkejut dengan kejadian itu, tekanan darahnya naik dan beliau ditempatkan di Wad 8C hospital berkenaan untuk menerima rawatan. Kejadian berlaku berhampiran Hotel Casuarina dan kira-kira satu kilometer dari kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


Sementara itu, Ketua Polis Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak berkata, kereta Toyota Camry bernombor pendaftaran BKC 8851 yang dipandu Mohammad Nizar cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari satu simpang secara mengejut.

“Insiden itu menyebabkan beliau gagal mengawal kenderaannya dan terbabas sebelum terbalik di kiri jalan.

“Difahamkan ketika kejadian beliau memandu berseorangan dan hanya cedera ringan,” katanya.

Katanya, pemandu kereta Volvo berkenaan bagaimanapun tidak cedera dan keretanya hanya mengalami kerosakan kecil.

P/s:Walaupun dilanda pelbagai kontroversi,ahamdulillah masih panjang umur bekas MB Perak ni..Syukuran2!

sumber :www.hmetro.com.my
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

1 comments: