Tip Dan Petua Hilangkan Kudis Buta
Bagi yang pernah terkena dengan penangan penyakit kudis buta,pastinya sungguh merisaukan.Pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan kudis baik melalui cara moden atau tradisional.Kudis buta ni kata orang penyakit yang berjangkit.so,kalau dah terkena tu,Apa yang korang akan lakukan untuk menghilangkan kudis tersebut?
Aku ada beberapa tip dan petua untuk dikongsi bersama bagi menghilangkan kudis buta.Insyaallah jika diamalkan dan diiringi dengan doa,mungkin dapat menghilangkan penyakit ni.
1)Guna Belerang
Panaskan belerang tersebut dalam periuk serta dicampur dengan bunga dan sapu suam2 kat tempat yang kena kudis itu.Cuba amalkan 2 hingga 3 kali sehari.Insyaallah hilang la kudis tu.
2)Guna Daun Mengkuang
Bakar daun mengkuang tersebut dan ambik dia punya abu.Sebelum letak abu tu dekat kudis,pecahkan kudis yang ada kuning-kuning(nanah) terlebih dahulu dan lepas tu baru rendam tempat kudis tu dalam air garam suam2.Insyaallah jika diamalkan petua ni,mungkin dapat menghilangkan parut2 kudis tu
3)Jumpa Doktor Pakar
Jumpa doktor2 yang terpilih dan jangan pula jumpa doktor dekat belakang lorong tu.hahaha.Aku cadangkan pergi ke hospital Sungai buloh sebab dekat situ ada doktor pakar kulit dan juga boleh pergi jumpa Dr Pamela kat Medan Tunku.
4)Guna calamine lotion
Pergi ke klinik,korang beli ubat "calamine lotion".Ubat ni insyaallah berkesan.Korang sapu selepas mandi.Kudis tu akan mula jadi kering serta bertukar menjadi kuping.Dalam beberapa hari,hilang la kudis tu.
Ok,itu saja kot tip dan petua yang aku boleh kongsikan untuk hilangkan Kudis Buta dengan korang.Kalau ada tip2 lain,korang kongsi la yer.Sharing is caring what? :)
Ooooo baru tau
ReplyDeleteTautautau
DeleteKalau buat dengan belerang 2 kena letak bunga apa???
ReplyDelete