Malam ni aku nak kongsikan sedikit info pasal kutu kepala.Ramai orang yang takut untuk berkawan dengan orang yang ada kutu nih sebab takut2 berjangkit.hohoo
Apa itu Kutu?
Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap. Kutu menyerang manusia dengan bersarang di kepala.Cara makannya ialah menghisap darah. Ia akan mengeluarkan bahan yang menyebabkan reaksi alahan pada kulit kepala sehingga mengakibatkan gatal-gatal. Ia bertelur dalam bentuk butir-butir putih dan menempel pada rambut.Telur kutu mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk menetas. Kutu akan merangkak atau meloncat-loncat di kulit kepala tanpa disedari.
Apa pula Kutu Kepala?
Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepalamelalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.
Penyebab kutu Berjangkit
Kutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :
* Sikat rambut.
* Perhiasan rambut.
* Tuala.
* Topi.
* Tudung kepala.
Apa yang perlu di lakukan?
* Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
* Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
* Basuh cadar dsb dengan air panas.
* Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.
* Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.
Ubat yang Sesuai?
* Crotamiton
* Benzene hexachloride
* Malathion
Cara merawat?
* Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
* Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai
* syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut.
* Buangkan semua kutu dan telurnya.
* Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.
eeee....
ReplyDeletegelinya...
dulu kutu ni pon penah berhijrah kat rambut sy..
keke..
anys : hahaha..sama la kita..pernah juga dia berhijrah kt saya..mmg xsenang duduk..haish!
ReplyDelete