10 Air Pancut Tercantik Dunia
1.Fountains of Bellagio (Las Vegas)
Fountains of Bellagio Hotel di Las Vegas (AS) merupakan sebuah kolam air pancut yang terkenal dengan pertunjukan yang melibatkan cahaya dan muzik. Pertunjukan ini dapat dilihat dari sejumlah sudut tertentu di the Strip, dari jalan dan dari bangunan tetangganya.
Pertunjukan air tersebut dijalankan setiap 30 minit pada awal pagi dan awal malam hari, dan setiap 15 minit mulai 8 PM hingga dini hari. The Fountains dibangunkan di atas danau buatan seluas sembilan ekar. Gerakan air diatur mengikuti berbagai muzik. contohnya meliputi “Fly Me To The Moon” (Frank Sinatra), “Time to Say Goodbye” (Sarah Brightman dan Andrea Bocelli) dan “My Heart Will Go On” (Celine Dion).
Dianggarkan kos perbelanjaan untuk membangunkannya mencecah US$50 juta.
2.Fountain of Wealth (Singapura)
Fountain of Wealth terletak di bawah tanah dan merupakan perbelanjaan terbesar Suntec City di Singapura serta terkenal kerana merupakan air pancut terbesar di dunia.
Diperbuat dari gangsa, dan terdiri dari sebuah lingkaran dengan panjang 66 meter yang dibantu oleh empat tiang besar. Menempati luas 1683 meter (5521 ft), dengan tinggi 13.8m (45.2 ft). Air pancut ini mencapai ketinggian sehingga 30 meter.
3.Magic Fountain of Montjuic (Barcelona)
Magic Fountain of Montjuic adalah permainan spektakuler warna, cahaya, gerakan, muzik dan akrobat air di Barcelona. Terletak di Placa d’Espanya dan National Palau, air pancut ajaib ini menarik ribuan orang setiap malam.
Dibangunkan oleh arkitek Carles Buigas tahun 1929 untuk Pameran Universal Besar, hampir 3000 pekerja terlibat dalam projek ini selama kurang dari satu tahun.
4.Volcano Fountain (Abu Dhabi)
Air pancut setinggi 80 kaki ini dibangunkan menyerupai piramid lingkaran,dengan anak tangga dari empat sisi menaiki enam platform air pancut ke atas. Pada siang hari, air pancut ini berubah menjadi pertunjukkan dengan cahaya berwarna sementara air mengalir ke bawah.
Apa yang mendukacitakan,Volcano Fountain telah diruntuhkan untuk pembangunan perumahan.
5.Big Wild Goose Pagoda Fountains (Xian)
Dibangunkan tahun 652 ketika pemerintahan Kaisar Gaozong dari Dinasti Tang, Big Wild Goose Pagoda adalah sebuah bangunan kuno terlindung dan tempat suci bagi penganut agama Buddha. Terletak di pinggit selatan Xian City (Cina), tempat ini adalah rumah bagi air pancut muzikal terbesar di Asia, dengan garis cahaya terpanjang di dunia.
6.People’s Friendship Fountain (Moskow)
People’s Friendship Fountain (juga dikenal sebagai Friendship of Nations) di Moskow memiliki 16 patung yang memakai kostum nasional mereka, mewakili seluruh Republik Uni Soviet.
Air pancut ini dilengkapi oleh kolam oktahedral granit merah dengan luas permukaan 4.000 meterp persegi.
7.Trevi Fountain (Roma)
Trevi Fountain memiliki salah satu pahatan terindah di Itali dimana Neptune atau Oceanus di tengah dan dua triton.Kuda yang melambangkan laut kejam, dan satu lainnya meniup kerang yang melambangkan laut tenang.
Trevi menjadi terkenal kerana adegan dalam filem “La Dolce Vita” buatan Fellini, ketika Anita Ekberg bermandi larut malam di air pancut ini. Juga ada legenda yang mengatakan,jika melempar duit ke Trevi Fountain, kita akan kembali ke Roma.(hohoho)
8.Oval Fountain (Tivoli)
Fontana dell’Ovato (Oval Fountain), juga disebut Fontana di Tivoli, terletak di Villa d’Este, Tivoli, Itali. Air pancut ini bermuara di kolam berbentuk telur kemudian masuk ke kolam yang dibuat di nymphaeum berkarat.
9.Peterhof Fountain (Saint Petersburg)
Peterhof adalah sebuah kediaman empayar yang mewah dan indah yang didirikan tahun 1710 oleh Peter Agung di tepi Teluk Finlandia (Laut Baltik). Menggabungkan beberapa istana, sejumlah taman landskap dan kumpulan patung dan air pancut, memberinya sebutan “Versailles-nya Rusia”.
Grand Cascade mengalir dari bawah istana menuju Laut Baltik dan merupakan salah satu rangkaian air pancut terbesar di dunia.
10.King Fahd’s Fountain (Jeddah)
Terletak di kota Jeddah, Saudi Arabia.King Fahd’s Fountain terkenal kerana merupakan air pancut tertinggi di dunia.
ketinggian air boleh mencecah sehingga 1023-ft (312m) dan lebih tinggi dari Menara Eiffel bila antenanya dibuang. Bila berpeluang bercuti ke Jeddah, jangan lupa singgah air pancut ini(sangat luar biasa!)
Salam ziarah. Blog anda sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling jadi follower? Buat MOU, OK? Thanks.
ReplyDeleteZuki (zukidin.blogspot.com)
juk : boleh je..tq snggah ek
ReplyDeleteehem3 cik admin! yg kat singapore tue aboi pnah tgk !
ReplyDeleteaboi : yaka..bestnya..xajak pn..huk2
ReplyDelete