Refresh Balik Solat Hari Raya AidilAdha


Salam,

Sempena hari raya aidiladha yang bakal tiba 2 hari lagi ni,mari kita sama2 refresh balik cara2 solat aidiladha mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W

HUKUM SOLAT HARI RAYA

Ulamak berbeza pendapat tentang hukum solat Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi kebanyakan umat Islam di Malaysia mereka berpegang kepada pendapat bahawa hukum solat tersebut adalah sunat mu’akkadah (yang dituntut). Ulamak yang berpegang kepada pendapat ini berpandangan bahawa dengan wujudnya hadis-hadis yang menyatakan solat yang hukumnya wajib hanyalah solat lima waktu membuktikan solat pada Hari Raya tidak termasuk di dalam kumpulan solat yang wajib. Antara hadis yang dijadikan pegangan mereka adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:


Maksudnya:
Ada lima solat yang diwajibkan Allah ke atas hamba-hamba-Nya. Maka siapa yang mengerjakannya dan tidak mensia-siakan walau satu pun di antaranya disebabkan menganggap mudah, Allah berjanji akan memasukkannya ke dalam syurga. - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 457.


tatacara mengerjakan solat Hari Raya.

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak enam kali
5) Membaca surah al-Fatihah
6) Membaca Surah al-Qur’an
7) Rukuk
8) Iktidal
9) Sujud
10) Duduk antara dua sujud
11) Sujud kali kedua
12) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak empat kali
2) Membaca surah al-Fatihah
3) Membaca Surah al-Qur’an
4) Rukuk
5) Iktidal
6) Sujud
7) Duduk antara dua sujud
8) Sujud kali kedua
9) Duduk untuk tahiyyat akhir
10) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Untuk baca artikel penuh tentang entry ni,boleh baca di sini

Sama2 kita memperoleh manfaat dari artikel ini..

Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment