Racun Labah Labah Mampu Ubat Mati Pucuk


Ada 1 kaedah baru yang ditemui oleh oleh pakar2 sains untuk mengubati mati pucuk dikalangan kaum lelaki ni iaitu dengan menggunakan racun labah labah sebagai ubatnya.

Gigitan labah-labah (Phoneutria nigriventer) yang biasanya boleh ditemui hutan-hutan di Brazil ini menyebabkan ereksi menyakitkan yang selalu terjadi berjam-jam dan akhirnya menyebabkan impotensi.demikian para saintis Brazil dan Amerika Syarikat mencatat dan mengkaji.

Setelah Mengasingkan racun racun labah ni,para saintis secara radiokatif melabel dan menginjeksi racun yang telah dimurnikan, Tx2-6, ke tikus yang menderita hipertensi dan DE parah.


Para saintis kemudian meneliti kadar racun dalam penis binatang ini dan menggunakan racun tersebut untuk mengontraksi dan membuat suntikan susulan pada penis. Hasilnya, terjadi perubahan level oksida nitrit yang menyebabkan rileksasi dan ereksi pada penis.


Para saintis bercadang untuk memaparkan hasil kajian mereka 24 September akan datanng pada Konferensi Asosiasi Jantung Amerika (American Heart Association's conference) yang sedang fokus membicarakan soal tekanan darah tinggi di Chicago.


Labah-labah liar Brazil selalunya boleh ditemui di sepanjang Amerika Selatan dan Tengah. Mereka adalah jenis labah-labah yang paling beracun di dunia dan menyebabkan sejumlah kematian pada manusia.

Menurut National Kidney and Urologic Diseases Information Clearinghouse (NKUDIC), DE merupakan kondisi dimana penis seorang lelaki tidak lagi ereksi sama sekali, biasa juga ereksi tapi tidak konsisten, atau hanya sebentar. Kondisi ini menyebabkan kesulitan 30 juta lelaki Amerika dan juga lelaki2 di tempat lain.

Pada akhir tahun 1990, kemunculan Viagra menjadi momen penting dalam revolusi pengubatan impotensi. Ubat lain seperti Levitra dan Cialis muncul selepas itu. Ketiga tiga ubat ini bermanfaat dalam meningkatkan efek oksida nitrit, senyawa kimia yang membuat rileks otot di penis selama terjadi rangsangan seksual dan meningkatkan aliran darah ke penis.


Racun atau bisa labah-labah juga mampu meningkatkan kadar oksida nitrit meski dengan mekanisme berbeza. Para saintis sebenarnya sudah lama mengkaji bisa/racun labah2 mampu digunakan dalam pengubatan DE.

"Konsep bahawa racun memiliki efek ereksi sangat masuk akal," jelas Dr. Arnold Melman, ketua Bahagian Urologi di Montefiore Medical Center, New York City.

Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

2 comments:

  1. nice info !! (tapi gua x sedikit pun ade masalah mati pucuk ~ ) hahaha !

    ReplyDelete
  2. haha yaka?bagus la tuh..jaga2 :D

    ReplyDelete