Perlawanan Tumpuan Real Madrid vs Ac Milan


Pastinya pertemuan Real Madrid dan Ac Milan adalah perlawanan yang paling ditunggu tunggu peminat2 bolasepak dunia temasuklah aku sendiri (peminat real madrid kot ) :)

Mungkin yang menarik perhatian adalah bekas pemain Ac Milan,Kaka yang bakal beraksi menentang kelab pasukan lamanya tuh.Kaka yang baru menyertai Real pada musim ni dengan nilai perpindahan 65 juta euro (RM327 juta) ekoran krisis kewangan yang melanda Milan.

Kaka akan membuat perhitungan dengan bekas rakan- rakan sepasukannya awal pagi esok apabila Real bertemu Milan dalam aksi Kumpulan C Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu.

Pada game pagi ni,dikhabarkan Cristiano Ronaldo tak akan beraksi sebab cedera semasa kempen kelayakan piala dunia minggu lepas.Pastinya Kaka adalah sandaran utama Real pada pagi nanti.

So,kepada peminat2 bolasepak,ayuh sama2 kita saksikan perlawanan sengit nih pada pagi nanti (3.45 pagi rasanya) secara live di Astro.

Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment