Selepas Azrai Khor mengumumkan untuk menarik diri dari menjadi ketua jurulatih skuad Hijau Kuning pada tahun depan,hari ni timbul pula desakan buat seluruh kepemimpinan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk melepaskan segala jawatan atas sikap bertanggungjawab atas kemerosotan mendadak Hijau Kuning musim ini.
"Kepimpinan KFA daripada presiden sehingga ke setiausaha kehormat, perlu meletak jawatan sebagai bertanggungjawab atas kehilangan tiga piala musim ini,"Laporan didalam akhbar Berita Harian hari ini.
Azrai mengambil tindakan melepaskan jawatan dalam skuad itu selepas bosan dengan tindak tanduk pegawai KFA yang memperalatkan persatuan untuk kepentingan sendiri, bukannya kebaikan bola sepak negeri serta timbul isu rasuah didalam pengurusan kewangan kedah.
"Setakat ini, masih tiada tindakan diambil berhubung kes penyelewengan sekitar RM300,000 hingga RM400,000 daripada 2007 hingga sekarang.
"Selain itu, wujud kes di mana KFA kehilangan RM80,000 daripada RM100,000 penajaan Modenas.
"Ini ditambah dengan kehilangan RM34,888 hasil jualan tiket perlawanan liga, Kedah menentang Perak pada 31 Julai 2007 yang tidak dimasukkan ke dalam akaun.
"KFA juga kehilangan RM60,000 daripada RM349,000 hasil jualan tiket perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2007 ketika menentang Terengganu pada 4 September.
Apa yang dilaporkan didalam akhbar Berita Harian hari ni memang aku sokong 100% dan aku setuju sangat2 depa bawa keluar artikel pasal rasuah dalam skuad Kedah.Aku ada 2 orang kawan yang main dalam skuad kedah dan kawan aku tuh sendiri ada ceritakan memang pengurusan kedah "songlapkan" duit bonus dan kemenangan berganda kedah 2 tahun berturut turut untuk kepentingan individu itu sendiri.
Apaa yang dijanjikan pengurusan dekat pemain hanya janji manis semata mata.Bonus dan duit kemenangan piala dapat ribu2,tapi duit hilang p mana xtau.Player main bagai nak "mampus" tapi yang sedapnya orang "atas"!
Aku betul2 kesal dengan perangai orang macam ni.Kalau macam ni la perangai persatuan negeri (tak kisah la negeri mana pun semua sama ja!),memang bolasepak Malaysia ni x kan ke maju la.Baik persatuan negeri atau FAM semua sama saja!jenis "makan" duit rasuah!
terok btoi la bola malaysia..kalo mcm ni,aku pi main bola kat ghana lagi bguih..ehehe..smpai bila malaysia takkan maju dlm liga mahupun dlm negara..percayalah..aku takkan wakil malaysia kalo depa panggil..wat penat bdn ja wakil..haram tak dpt apa..baik aku main kat singapore..baru steady..
ReplyDeletehaa tu la pasal..aku mmg sokong 100% pendapat ko tuh..baik main liga taman best..xdak la rasa dianiyai..kurang2 bleh kuar peluh sudaah/..hohohoh
ReplyDelete