Tip Menu Bersahur Untuk Anak Anak
Rasanya belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua umat islam diseluruh dunia khasnya rakyat malaysia yang bakal menyambut 1 Ramadhan pada esok hari (22 Ogos 2009).Rasa bersyukur sangat dipanjangkan umur dan insyaallah dapat bertemu sekali lagi ramadhan pada tahun ini.Sejak akhir2 ini,aku agak sibuk dengan kerja seharian aku di office.Balik keja,terus tidur.Tak sempat nak update blog..sampai blog ni pn dh jd sarang lebah agaknya..
Pada entry kali ni,aku nak bagi tip menu sahur untuk anak2 @ kanak2.rasannya tip ni sesuai kot kepada mereka2 yang sudah kahwin dan mempunyai anak.Kalau macam aku ni,tak ada anak lagi.So,just boleh tulis dan insyaallah akan dipraktiskan kalau dah kawen nanti.ahaha..
Tips ni aku dapat di email dari seoarang perempuan yang bergelar ibu.tak sangka begitu kreativ dia hidangkan menu untuk anak2 dia bersahur.Aku tak pernah terfikir la plak menu yang macam ni.hohohoh
Ni antara tip2 menu sahur untuk anak2 :
1) Sayur anak saya suka petola masak air..saya selalu letak bawang merah, sedikit cili merah dan sedikit kiub ikan bilis...lepas tu rebus sampai mendidih. Dah nak masak tu letak sedikit soohon. Sayur ni sebenarnya penambah selera...lebih2 lagi kalau dimakan panas2..tidak kira apa jenis sayur sekali pun..Sebab kalau kita buat berkuah, mereka akan campur dg nasi dan makan macam sup..jadi sekurang2 nya perut mereka terisi!
2) Selain itu saya potong daging/ayam kecil2...letak garam-kunyit goreng sampai garing, lepas tu letak cili merah dan bawang besar. Boleh juga cuba udang atau sotong.kalau anak2 tak nak makan nasi, kita boleh buat mihun, macaroni, spaghetti atau pasta goreng.
3) Saya suka buat murtabak biskut jacobs-kita pukul telur, masukkan cili merah & cili hijau, bawang besar, sedikit susu segar & esen vanilla..lepas tu hancurkan biskut jacobs sampai adunan dia melekat..kemudian kita masak mcm masak roti canai tu..letak minyak sikit je.Dah siap makan dengan sos cili!Nak gantikan dengan roti putih pun boleh cuma kita celup dan goreng dengan sedikit minyak.
Sama2 kita ambil manfaat dari ilmu yang diberi.SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..Moga kita diberi kesempatan untuk menjalakan ibadah puasa ini dengan sebaiknya.Insyaallah!
0 comments:
Post a Comment